Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Wednesday, October 13, 2010

Model baru Proton Waja

Ini adalah maklumat terkini yang disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkenaan model pengganti Proton Waja. Beliau memberikan kenyataan pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Kilang Proton, Shah Alam. Dalam sidang media tersebut beliau berkata, Proton Waja baru dibangunkan berdasarkan model Mitsubishi Lancer Fortis 
Model terbaru Waja itu dikatakan akan mengekalkan sebanyak 95 peratus bahagian dalaman dan luaran Lancer Fortis, tetapi menampilkan perbezaan luar yang lebih ketara. Harga yang ditawarkan bagi versi 1.8 manual ialah sekitar RM75,000.00, versi 1.8 automatik sekitar RM80,000.00 manakala untuk versi 2.0 liter, harga yang bakal ditawarkan sekitar RM100,000.00.
Selepas sidang media itu berlangsung, ini bermakna segala desas-desus dan teka-teki berkenaan model Waja terbaru telah pun terjawab. Sebelum ini ramai yang menjangkakan yang model Waja baru dibangunkan menggunakan model Mitsubishi Lancer GT dan Lancer EX yang ketika ini sedang dijual di negara kita. Lancer GT dan Lancer EX diimport CBU sepenuhnya dari Jepun dengan harga melebihi RM120,000.00. Biarpun dibangunkan berdasarkan model Lancer Fortis, tiada perbezaan ketara berbanding model Lancer yang sedang dijual di pasaran tempatan kerana masing-masing menggunakan platform yang sama.

Buat peminat Mitsubishi Evolution 10, pengenalan Waja baru dengan enjin 1.8 liter manual adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Model tersebut pada bila-bila masa boleh dinaik taraf untuk menjadi replika Evolution 10. Cuma harganya dalam lingkungan RM75,000.00 agak premium dan tidak ramai rakyat Malaysia yang akan mampu membelinya seperti mana mereka membeli sebuah Persona. Bagi saya harga yang ditawarkan untuk setiap versi model Waja baru adalah munasabah tetapi jika harga dapat diturunkan lagi sebanyak RM10,000.00, saya percaya model tersebut akan laris seperti goreng pisang panas.
Dalam sidang media tersebut juga Syed Zainal berkata mereka akan menyertai pameran di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) yang akan berlangsung pada Disember 2010 nanti. Beliau memberitahu mereka akan mempamerkan model facelift dari sebuah model popular mereka namun beliau enggan mendedahkan model mana yang dimaksudkan. Sama-samalah kita nantikan model yang dipertingkatkan itu semasa KLIMS 2010 berlangsung.

No comments:

Post a Comment