Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Tuesday, June 25, 2013

Ribuan biri-biri sertai tunjuk perasaan

Lebih 10,000 penternak di Perancis mengadakan tunjuk perasaan bersama beribu-ribu haiwan ternakan di sini kelmarin, lapor sebuah media tempatan.
Bantahan tersebut dilakukan ekoran peningkatan harga makanan haiwan ternakan di negara itu.
Para penternak turut membawa jentera-jentera pertanian ketika bantahan.
Antara ternakan yang menyertai bantahan itu termasuk kambing biri-biri, lembu dan khinzir.
Kumpulan penternak berkenaan memberitahu bahawa pendapatan mereka jatuh merudum ekoran peningkatan kos makanan haiwan yang gagal ditampung oleh pengilang-pengilang di negara itu.- Agensi


Wednesday, June 5, 2013

Lelaki terkejut doktor beritahu dia sebenarnya wanita

Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.
Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.
Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal .
Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.
Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil daripada satu masalah kromosom.
Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.
Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya kelihatan seperti lelaki.
"Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya, keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah didedahkan," kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.
"Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron," menurut jurnal itu. - AFP