Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Monday, May 12, 2014

London paling ramai bilionair

LONDON, Britain - Kota metropolitan ini memiliki paling ramai bilionair di dunia, manakala Britain mempunyai lebih banyak bilionair bagi nisbah penduduk berbanding negara-negara lain, menurut satu senarai baharu yang disiarkan kelmarin.
Bandar raya ini menjadi kediaman 72 daripada 104 bilionair di Britain berbanding Moscow yang mempunyai 48 bilionair untuk menduduki tempat kedua.
Senarai berkenaan memilih individu di Britain yang memiliki kekayaan menyamai £1 bilion (RM5.4 bilion) atau lebih sebagai bilionair.
Kota raya New York berada di tempat ketiga dengan 43 bilionair diikuti oleh San Francisco dengan 42 bilionair dan Los Angeles yang mempunyai seramai 38 bilionair.
Tempat keenam pula menjadi milik Hong Kong yang memiliki 34 bilionair.
Adik-beradik kelahiran India, Srichand dan Gopichand Hinduja mengungguli senarai Britain itu dengan kekayaan mencecah £11.9 bilion (RM64.7 bilion) yang dikumpulkan menerusi syarikat milik keluarga berkenaan, Hinduja Group.
Syarikat itu memiliki kepentingan dalam sektor minyak, perbankan, industri automotif, hartanah dan media.
Pasangan adik-beradik itu mengatasi penyandang senarai bilionair pada tahun lalu, Alisher Usmanov.
Antara bilionair yang berada di tempat 25 teratas senarai sama termasuk pelabur kelahiran Ukraine, Len Blavatnik, taikun hartanah, Gerald Grosvenor dan bilionair kelahiran Arab Saudi, Mohamed Bin Issa Al Jaber.
Dalam pada itu, Britain kini memiliki seramai 104 bilionair yang memiliki aset keseluruhan sebanyak £301.13 bilion (RM1.64 trilion). - AFP



Tuesday, May 6, 2014

Sewa rahim di India beri pulangan lumayan

Sewa rahim di India beri pulangan lumayan

Siapa sangka perkhidmatan ibu tumpang kini menjadi industri komersial paling menguntungkan di India walaupun dikritik banyak pihak kerana dianggap sebagai kegiatan mengeksploitasi wanita miskin di negara itu.

Semakin ramai pasangan dari luar India terutamanya dari Barat tertarik dengan ‘perkhidmatan’ tersebut kerana kosnya  jauh lebih murah selain peraturan dan undang-undang yang longgar di negara terbabit.

Bayaran dikenakan untuk melakukan proses persenyawaan in-vitro (IVF) itu adalah kira-kira AS$20,000 (RM65,300) berbanding AS$50,000 (RM163,300) jika dilakukan di Amerika Syarikat (AS).

Isu besar membabitkan soal etika mula timbul selepas golongan kaya didakwa mengambil kesempatan terhadap wanita miskin di India bagi mendapatkan zuriat untuk mereka hingga menyebabkan negara itu digelar sebagai ‘kilang bayi’ pada masa ini.

Tahun lalu, New Delhi bertindak mengenakan peraturan melarang pasangan homoseksual dan individu belum berkahwin mendapatkan perkhidmatan tersebut selepas undang-undang negara itu membenarkan prosedur itu pada 2002.

Sehingga kini, tiada angka rasmi berhubung jumlah sebenar hasil diperoleh daripada industri itu.

Bagaimanapun, hasil laporan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, perkhidmatan ibu tumpang di India mampu menjana hasil keuntungan secara anggaran AS$2.5 bilion (RM8 bilion) pada setiap tahun.

Pada masa ini, lebih 3,000 pusat ibu tumpang sedang beroperasi dan ribuan bayi telah dilahirkan hasil daripada prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) yang semakin popular di India.

Kesemua pusat terbabit turut menyediakan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan tersebut selain memberi panduan untuk persediaan mental selepas bersalin.

Wednesday, January 15, 2014

Rumah terbalik jadi tarikan


MOSCOW - Sebuah rumah terbalik menjadi tarikan utama pada satu pameran di Moscow semalam.
Para pengunjung dibenarkan buat kali pertama memasuki rumah yang terbalik.
Menurut penganjur, para pengunjung boleh merasai perspektif baru apabila keseluruhan hiasan dan perabut seperti katil, meja makan, pasu bunga dan peti ais berada dalam keadaan terbalik.
Pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah berjalan di atas siling dan terpaksa melihat ke bawah untuk melihat perabut di dalam rumah berkenaan. - Agensi