Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Friday, November 30, 2012

'Universiti ketawa' akan dibina di India

Beberapa orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria.

Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP

Pemuda tarik trak dengan telinga


Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia semalam.

RUSTAVI, Georgia - Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di sini semalam.
Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter.
Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu. - Reuters



Thursday, November 29, 2012

Menara condong sejak tahun 1960-an di China

Beberapa pelajar bermain bola keranjang di tepi 
Menara Wanshousi yang condong di Xi'an, wilayah Shaanxi kelmarin.

XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an.
Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.
Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.
- Reuters

Pemuda Mesir miliki lengan terbesar dunia

Moustafa mengangkat kedua-dua lengannya.

MILFORD, Massachusetts - Seorang pemuda berketurunan Mesir, Moustafa Ismail yang tinggal di sini dipercayai memiliki lengan paling besar di dunia.
Ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter.
Pemuda itu makan tiga kilogram (kg) protein, 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari .
Pihak Guinness World Records kini menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia.
"Mereka (penduduk) memanggil saya Popeye, Popeye Mesir.
"Bagaimanapun, tidak seperti watak kartun Popeye, saya suka makan ayam, daging dan apa jua makanan kecuali bayam," katanya.
Dia juga mengambil vitamin dan makanan tambahan lain.
Moustafa juga sukar untuk mencari baju yang sesuai dengan tubuhnya.
Dia mula berusaha untuk memperoleh bentuk lengan itu di bandar kelahirannya, Alexandria di Mesir sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan menetap di Franklin, barat daya Boston.
Moustafa melakukan senaman angkat berat selama dua jam hampir setiap hari.
Pemuda itu pernah mengangkat bebanan seberat 272kg.
Dia sanggup melakukan dua pekerjaan termasuk sebagai pembantu di sebuah stesen minyak untuk membiayai senamannya di sebuah pusat kecergasan dan makanannya.
Namun, isterinya meminta dia meninggalkan salah satu pekerjaan kerana menganggap suaminya itu bekerja terlalu keras.
Pihak Guinness kemudian menghubunginya dengan menawarkan pemuda itu lawatan ke London, Britain untuk muncul bersama beberapa pemegang pelbagai rekod dunia termasuk wanita paling kecil di dunia.
Moustafa memenuhi undangan itu.
Bagaimanapun, kontroversi muncul kerana terdapat dakwaan di internet bahawa dia menggunakan dadah steroid dan menanam implan pada lengannya.
Beberapa pihak lain mendakwa, dia menyuntik minyak synthol yang digunakan oleh ahli bina badan.
Dia pernah pergi ke Tokyo untuk muncul dalam program dokumentari stesen televisyen Fuji yang menunjukkan beberapa doktor mengambil sampel darah manakala ototnya turut menjalani ujian X-ray.
Doktor-doktor itu bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan terlarang dalam tubuhnya.
Namun, pihak Guinness mengeluarkan nama Moustafa dalam laman webnya.
Jurucakap Guinness, Sara Wilcox berkata pada Oktober lalu, pihaknya masih melakukan penyelidikan dengan pakar-pakar perubatan berhubung kes Moustafa sebelum mengiktiraf lengannya. - AP

Tuesday, November 27, 2012

Satu petak tempat letak kereta dijual RM509,190

Beberapa buah kereta berada di petak parkir di sebuah bangunan kediaman di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam.
Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.
Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard.
Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan. - AFP

Sunday, November 25, 2012

Cermin mata pintar buat si buta

Cermin mata pintar buat si buta


Cermin mata pintar buat si buta
Cermin mata yang dilengkapi kamera khas akan melalui beberapa proses ujian bermula Januari depan.

Tongkat dan anjing mungkin tidak lagi digunakan menjelang 2015 kelak dengan adanya cermin mata khas buat orang buta.

Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal.

"Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan," Hicks yang juga pencipta alat bantuan melihat ini.

Bagaimanapun, Hicks berkata, alat bantuan khas itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan melibatkan 160 sukarelawan bermasalah penglihatan di Oxford dan London.

Beliau menambah, selain membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata itu jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .

Saturday, November 24, 2012

Jackie Chan bersara



Jackie Chan membuat pengumuman akan bersara daripada melakonkan filem aksi dalam masa terdekat.

Menurut aktor berusia 58 tahun ini, faktor usia menyebabkan dia perlu berehat daripada melakukan semua itu.

"Sudah sampai masanya untuk saya berhenti daripada melakonkan filem aksi lasak. Saya bukan muda lagi dan keupayaan saya tidak setanding dulu.

"Bagaimana pun, filem terbaru saya, CZI2 (Chinese Zodiac 12) adalah filem aksi saya yang terakhir," katanya.

Dalam pada itu, Chan kini sedang sibuk menjalani promosi filem tersebut yang akan ditayangkan 18 Disember ini di seluruh Asia.

Lebih 140 buah kenderaan berlanggar di Texas

Beberapa buah trak turut terlibat dalam perlanggaran itu.

BEAUMONT, Texas - Dua orang mati dan lebih 80 cedera apabila dianggarkan 140 hingga 150 buah kenderaan termasuk trak berlanggar di sebuah lebuh raya di Texas kerana kabus tebal kelmarin.
"Ia merupakan malapetaka. Saya mendapati kereta berada di atas kereta," kata seorang timbalan syerif di daerah Jefferson, Rod Carroll.
Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Antara Negeri 10, 128 kilometer ke timur Houston. - Agensi

Friday, November 23, 2012

Bangunan kediaman di tengah jalan raya

Sebuah kereta berhenti di depan kediaman setinggi lima tingkat di Kampung Xiazhangyang di Wenling semalam.

Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang di sini.
Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.
Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.
Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah.
Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi. - Agensi

Thursday, November 22, 2012

Polis guna Facebook cari kaki pecah rumah



Polis Kuala Lumpur mencari 16 lelaki pelbagai keturunan bagi membantu siasatan kira-kira 200 kes pecah rumah yang berlaku di ibu negara dalam tempoh tiga tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain terlibat dalam kes-kes pecah rumah, ada dalam kalangan mereka yang dicari itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes-kes dadah.
“Jenayah pecah rumah boleh disifatkan menjadi kerja harian sebahagian daripada orang yang dicari itu malah ada antara mereka itu mempunyai 14 kes jenayah pecah rumah,” kata beliau pada sidang akhbar di Balai Polis Jalan Travers di sini.
Menurut beliau, kesemua orang yang dicari itu bergerak secara bersendirian dan ada sebahagian daripada mereka tinggal di luar Kuala Lumpur tetapi menjadikan rumah-rumah di ibu negara sebagai sasaran jenayah.
Chin Wah memberitahu, wajah-wajah penjenayah ini turut dimuat naik ke laman rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai mereka yang dicari.

Datuk popular selepas peraga fesyen wanita

Gambar butik Yuekou menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di Guangzhou, selatan China.

Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.
Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.
Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.
Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.
Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.
"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.
"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi

Wednesday, November 21, 2012

Dituduh rancang culik 100 wanita

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya saudara lelaki anggota polis Gilberto Valle, disoal oleh media pada 25 Oktober lalu.

NEW YORK - Seorang anggota polis di sini, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merancang untuk menculik, memasak serta memakan sehingga 100 orang wanita.
"Saya tidak bersalah," kata anggota polis tersebut, Gilberto Valle kepada hakim Mahkamah Persekutuan Manhattan apabila ditanya mengenai tuduhan itu.
Dia juga didakwa menceroboh pangkalan data komputer polis bagi mendapatkan maklumat tentang wanita yang akan dijadikan mangsanya.
Valle yang berusia 28 tahun didakwa merancang jenayah tersebut bersama seorang rakan yang tidak dikenali dengan menggunakan klorofom untuk membuatkan mangsa pengsan.
Mereka kemudian akan membawa mangsa-mangsa pulang ke rumahnya dan merancang untuk memasak mayat mereka yang dikerat-kerat di dalam oven atau dipanggang.
Dia didakwa bertukar-tukar e-mel mengenai konspirasi itu dengan konconya dan menceroboh masuk pangkalan data polis untuk mengumpul maklumat mangsa-mangsanya.
Hasil carian dalam komputer milik Valle mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 100 fail wanita yang lengkap dengan nama, gambar, maklumat peribadi termasuk alamat.
Peguam Valle berkata, tiada seorangpun wanita menjadi mangsa dan ia sekadar satu fantasi.
Semalam, peguam Valle, Julia Gatto merayu supaya anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin.
Bagaimanapun hakim Paul Gardephe menegaskan, permohonan sama pernah ditolak sebanyak dua kali oleh dua orang hakim lain sebelum ini dan permintaan itu sukar untuk ditunaikan. - AFP

Ditahan kerana facebook

Dua orang wanita yang ditangkap kerana mengkritik di laman sosial Facebooknya berjalan keluar dari sebuah mahkamah di Mumbai semalam.

Pihak berkuasa India menahan seorang wanita kerana mengkritik dalam akaun Facebooknya mengenai penutupan sebuah kawasan perniagaan di sini bagi memberikan laluan kepada upacara pengkebumian seorang ahli politik berpengaruh India, Bal Thackeray.
Wanita berkenaan menyatakan penutupan tersebut dibuat kerana takut dan bukan kerana menghormati ahli politik tersebut.
Turut ditahan bersama merupakan seorang wanita lain yang menekan butang suka pada komen itu.
Beberapa penganalisis dan pihak media semalam secara meluas mengutuk penangkapan mereka oleh pihak berkuasa negeri Maharashtra sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara.
Pada Ahad lalu, kedai-kedai, perkhidmatan pengangkutan awam dan kewangan di seluruh bandar raya ini ditutup ekoran kematian pemimpin itu.
Penahanan kedua-dua wanita itu dilihat sebagai langkah oleh polis untuk mengelak daripada berlakunya kekacauan oleh penyokong Thackeray.
Kedua-dua wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin. - AP

Tuesday, November 20, 2012

Puting beliung air landa pantai

Sebuah kenderaan pacuan empat roda melalui jalan pantai di Teluk Batemans, Australia ketika puting beliung air berlaku kelmarin.

Satu kejadian puting beliung air gergasi dilihat di kawasan pantai Teluk Batemans yang terletak sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya ini kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Fenomena alam semula jadi itu terbentuk apabila puting beliung berlaku di atas permukaan laut.
Puting beliung air boleh bergerak selaju 128 kilometer sejam (km/j) dengan pusaran anginnya pula bertiup pada kelajuan antara 96 km/j hingga 192 km/j.
Ribut berkenaan boleh menyebabkan kemusnahan besar pada terumbu karang, hidupan marin dan mengancam bot, pesawat serta perenang.
Walaupun jarang berlaku di Australia, empat puting beliung air gergasi pernah dilihat di Pantai Avoca di sini pada Mei tahun lalu. - Agensi

Monday, November 19, 2012

Lady Gaga tweet video seksi sebelum konsert

Lady Gaga

Tweet penyanyi yang sering tampil dengan imej pelik, Lady Gaga semakin mendapat perhatian menjelang konsertnya di sini pada Jumaat depan.
Gaga yang mempunyai seramai 30 juta pengikut laman Twitter dikatakan berkongsi satu pautan bagi membolehkan peminatnya menonton satu klip video pendek.
Klip video itu menunjukkan Gaga membuat tarian tiang dan bergurau dengan dua orang wanita lain di dalam sebuah tab mandi. "Ini satu kejutan untuk anda semua. Sudah sedia untuk anda rasainya," kata Gaga.
Sebelum ini, di antara konsert di Brazil dan Argentina, Gaga pernah menghantar satu gambar ke laman Twitternya. Gambar itu memaparkan dia memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi di atas sisa kek strawberi.
Selepas Argentina, Gaga dijadual meneruskan siri jelajah konsert Born This Way Ball ke Santiago, Chile; Lima, Peru; dan Asuncion, Paraguay. Konsert sama juga bakal diadakan di Afrika, Eropah dan Amerika Utara. - Agensi

Pameran musuh-musuh Bond

Gigi musuh James Bond iaitu Jaws daripada filem The Spy Who Loved Me turut dipamerkan sebagai salah satu artifak dalam pameran musuh-musuh ejen 007 itu di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.

Ejen 007 mungkin seorang hero, tetapi dalam pameran terbaharu di Amerika Syarikat (AS), watak penjahat dijadikan sebagai tumpuan utama.
Pameran yang bertema "Kejahatan yang Indah: 50 Tahun Penjahat Bond" itu mula dibuka kepada umum pada Jumaat lalu di Muzium Perisik Antarabangsa, di sini.
Ia mempamerkan kisah penjahat terkenal daripada filem-filem Bond terdahulu hinggalah yang terbaharu,Skyfall seperti Dr. No, Goldfinger dan Raoul Silva.
"Walaupun watak Bond kekal sama, namun watak penjahat berubah-ubah sejak 50 tahun lalu, sekali gus mencerminkan perubahan masa," kata Meg Simmonds, pengarah arkib di Eon Productions, syarikat pengeluar filem tersebut yang juga penasihat pameran.
Bagi menggambarkan setiap tema, sedutan daripada filem-filem Bond dimainkan di sebelah figura atau patung watak penjahat yang dipamerkan.
Ratusan barangan turut dipamerkan termasuk kostum dan senjata yang diguna musuh Bond dan pengikutnya. - AFP

Mumia anjing ditemui di Mexico

Rangka mumia anjing ini dipercayai yang pertama ditemui di Mexico.

Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini.
Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.
Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru.
Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953.
Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini.
Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia. - Reuters

Sunday, November 18, 2012

Terlalu gemuk untuk jalani hukuman mati


Doktor seorang banduan yang menanti hukuman mati memberitahu mahkamah di sini semalam, pesakitnya terlalu gemuk untuk menjalani suntikan maut dan kerana itu tidak boleh menjalani hukuman berkenaan.

“Kerana tidak mempunyai vena pada lengan, tangan atau kaki untuk disuntik kerana terlalu gemuk, dia tidak boleh menjalani hukuman mati,” kata Doktor Sergio Bergese. Ronald Post, 53, sepatutnya menjalani hukuman itu pada 16 Januari depan atas kesalahan membunuh seorang kerani hotel, Grance Vantz pada 1983.

Post, 53, yang seberat 270 kilogram mahukan mahkamah membatalkan hukuman itu atas alasan berat badannya akan menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat ketika menjalani proses berkenaan.

Menurut Bergese, Post juga mempunyai parut pada lengan kiri dan kanannya akibat cubaan membunuh diri. Parut berkenaan menyebabkan dia tidak boleh disuntik.

Sementara itu, waris mangsanya yang mendesak pihak berkuasa meneruskan hukuman itu, menyifatkan alasan Post sebagai jenaka. - Agensi

PSY terima sijil Rekod Dunia Guinness

PSY bersama sijilnya.
PSY bersama sijilnya.

Penyanyi sensasi Korea Selatan, PSY menerima sijil Rekod Dunia Guinness ketika ditemuramah di studio Radio 1 BBC di sini, semalam.

PSY, yang terkenal dengan lagu Gangnam Style menerima sijil berkenaan selepas mengalahkan LMFAO dan Justin Bieber untuk ‘Like’ paling banyak bagi video dalam YouTube. Video Gangnam Style mencatatkan 4,911,081 ‘Like’ sejak mula dimuatnaikkan pada 15 Julai lalu.

“Saya begitu teruja,” kata PSY yang nama sebenarnya Park Jae-sang selepas menerima sijil berkenaan. “Inilah sijil pertama saya. Saya tidak pernah menerima sijil di sekolah,” katanya. - Agensi

Friday, November 16, 2012

Lelaki paling pantas berlari guna 'empat kaki'

Salah satu aksi Ito di garisan penamat.

Seorang lelaki berusia 30 tahun, Kenichi Ito menjadi manusia paling pantas di dunia berlari dengan menggunakan dua kaki dan tangannya.
Dia mencatatkan masa 17.47 saat semasa berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu sejauh 100 meter di sini semalam.
Ito belajar berlari dengan menggunakan semua kaki dan tangannya itu sejak berumur sembilan tahun.
Dia meniru larian spesies monyet dari Afrika, Erythrocebus patas untuk melakukan perbuatan tersebut.
Rekod baharunya itu disahkan oleh pihak pengurusan Guinness World Records. - Agensi

Bekas atlet wanita didapati lelaki



Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.
Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya.
Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan mereka itu.
Pramanik ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan tersebut.
Pramanik dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol.
Beberapa ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya.
"Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan," kata Pramanik.
"Seluruh episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka," tambahnya.
Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba 'menghasutnya' untuk melakukan perbuatan bunuh diri.
Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini. - Agensi

Thursday, November 15, 2012

Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut :-

1. PEMBANTU MUZIUM
2. PEMBANTU TADBIR
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
4. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR



Tarikh Tutup Permohonan: 21 November 2012


Topi, tongkat Charlie Chaplin dilelong



Satu daripada topi dan tongkat yang digunakan pelakon komedi filem bisu terkenal, Charlie Chaplin dalam filemnya, akan dilelong di Los Angeles pada hujung minggu ini, lapor dewan lelongan Bonhams semalam.

Tongkat dan topi yang digunakan dalam filem seperti City Lights dan Modern Times itu, dijangka akan dibida antara AS$40,000 (RM124,000) dan AS$60,000 (RM186,000) dalam lelongan yang akan diadakan pada 18 November ini.

Pakar barangan Memorabilia Bonhams, Lucy Carr berkata, tidak dapat dipastikan berapa banyak topi dan tongkat Chaplin yang masih wujud.


Lakaran asal watak Joker dilelong

Gambar menunjukkan lakaran awal watak Joker di akhbar New York Post pada 1980.

Lakaran gambaran asal wajah Joker dalam filem Batman yang dibuat oleh penerbit filem, Michael Uslan dilelong sejak Isnin lalu sehingga 3 Disember depan di laman ComicConnect.com.
Lakaran itu disiarkan akhbar New York Post pada 1980.
Uslan menggunakan pen berwarna merah dan penanda hitam serta pemadam pen berwarna putih untuk melakar watak Joker pada muka aktor Jack Nicholson.
Dia mengubah suai wajah Nicholson yang disiarkan akhbar tersebut daripada satu adegan filem The Shining.
Sebelum membuat lakaran itu, dia telah berjaya memperoleh hak untuk menghasilkan filem Batmanpada 1979.
Bagaimanapun, ketika itu, dia belum memperoleh idea untuk menghasilkan wajah Joker.
Joker merupakan watak jahat dalam filem tersebut.
Apabila melihat gambar Nicholson di akhbar tersebut, dia kemudian mendapat idea untuk membuat lakaran pada wajah pelakon itu sekali gus menghasilkan watak Joker.
Nicholson pernah melakonkan watak itu.
Pelakon mendiang Heath Ledger juga pernah memegang watak Joker dalam siri Batman berjudul The Dark Knight. - Agensi

Lelaki berwajah harimau ditemui mati

AVNER ditemui mati di rumahnya di Tonopah, Amerika Syarikat pada 5 November lalu

TONOPAH, Nevada - Seorang lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina ditemui mati di rumahnya di sini, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.
Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.
Menurut portal berita The Huffington Post, Pejabat Syerif Daerah Nye mengesahkan kematiannya tetapi enggan memberikan maklumat lebih lanjut.
Punca kematiannya masih belum didedahkan tetapi terdapat spekulasi bahawa dia mungkin membunuh dirinya.
Seorang rakan Avner, Shannon Larratt menyatakan dalam laman blognya, Avner menghadapi pergolakan dalam kehidupan dan cuba membunuh dirinya ketika berusia 54 tahun baru-baru ini.
Lelaki itu melakukan pembedahan termasuk di bibir atas, telinga, menanam silikon pada pipi dan dahi, menajamkan gigi, mencacah tatu serta bertindik.
Dia merupakan penduduk suku kaum Red Indian.
"Saya merupakan seorang Huron (suku kaum Red Indian) dan mengikut tradisi lama yang mengubah diri untuk menjadi seekor harimau," kata Avner di laman webnya. - Agensi

Wednesday, November 14, 2012

Pertandingan janggut di Las Vegas



LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang peserta Austria, Fritz Sendlhofer memenangi pingat emas pada pertandingan janggut kategori Gerabaldi di sini pada Ahad lalu.
Dia turut memenangi Anugerah Pilihan Orang Ramai dan bonus sebanyak AS$1,000 (RM3,066).
Seorang peserta Jerman, Hans-Peter Weis memenangi pingat emas bagi kategori janggut gaya bebas. - Reuters

Doa depan iPad, komputer riba, telefon bimbit


BEBERAPA peniaga berdoa di depan iPad, komputer riba dan telefon bimbit di pejabat mereka di New Delhi semalam.
NEW DELHI - Satu majlis berdoa di depan komputer tablet iPad, komputer riba dan telefon bimbit diadakan oleh para usahawan sempena sambutan Hari Deepavali di sini semalam.
Majlis itu diadakan dengan harapan perniagaan mereka akan bertambah maju.
Akhbar dalam talian Indian Today melaporkan Setiausaha Agung Konfederasi Pedagang-Pedagang India, Praveen Khandelwal menyatakan para peniaga memuja beberapa peralatan moden perniagaan sempena perayaan itu. - Agensi

Saturday, November 10, 2012

Majlis menghormati tengkorak di Bolivia

Seorang wanita membawa sebuah bekas yang mengandungi tengkorak di sebuah kawasan perkuburan di La Paz, Bolivia kelmarin.

LA PAZ, Bolivia - Satu majlis bagi menghormati tengkorak diadakan di sini kelmarin oleh sekumpulan penganut agama Kristian Katolik.
Kira-kira 300 tengkorak diarak ke sebuah gereja kecil di tanah perkuburan di sini.
Sekumpulan penganut itu mendakwa tengkorak tersebut mempunyai kuasa ajaib.
Tengkorak tersebut dipercayai boleh menolong mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu pasukan bola sepak yang diminati memperoleh kemenangan.
Kalungan bunga turut diletakkan pada tengkorak itu pada majlis itu.
Para penganut tersebut juga memperdengarkan muzik dan menyediakan hidangan makanan untuk tengkorak itu.
Lima tahun lalu, seorang ketua biskop Kristian Katolik di negara ini pernah mengutuk majlis itu kerana ia dianggap bertentangan dengan agama tersebut. - AP

Bas lama dijadikan restoran di China

Seorang pelayan menghantar makanan kepada beberapa pelanggan di dalam sebuah bas di Shenyang kelmarin.

SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang di sini sejak sebulan lalu.
Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran.
Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut.
Hidangan makanan akan dihantar oleh pelayan untuk para pelanggan restoran unik itu.
Restoran bas itu terletak di sebuah pekarangan kediaman lama. - Agensi

Wednesday, November 7, 2012

Burung emu diternak di India

Seorang pekerja membuka pintu ladang burung emu di Kampung Vasna-Rathod, 40 kilometer dari Ahmedabad, India pada Khamis lalu.

NEW DELHI - Terdapat lebih 1,500 ladang burung emu di India.Burung itu diternak kerana daging haiwan tersebut mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia boleh dijual untuk memperoleh pendapatan.
Lemak haiwan emu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak untuk pembuatan alat solek dan dijadikan diet tambahan.
Bulu haiwan tersebut juga boleh digunakan untuk membuat kasut dan dompet.
Haiwan yang berasal dari Australia itu tidak boleh terbang dan ia kelihatan seperti burung unta. - Agensi

Tuesday, November 6, 2012

Jawatan kosong di LHDN


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempelawa individu yang dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian) 
3. Pembantu Am (Pengawal Keselamatan) 


Iklan jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri

Tarikh tutup jawatan 19 November 2012

153 orang berbogel untuk seni

Sebahagian sukarelawan yang memakai kain jarang pada sesi fotografi Tunick di negeri San Miguel de Allende kelmarin

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang artis seni terkenal, Spencer Tunick merakamkan gambar 153 sukarelawan yang berbogel di negeri San Miguel de Allende, Mexico kelmarin.
Ketika Tunick merakamkan gambar itu, 153 orang termasuk wanita hanya memakai kain jarang.
Gambar itu dirakamkan sempena Festival Rangka Manusia untuk memperingati Hari Kematian.
Tunick, 44, sebelum ini terkenal dengan hasil kerja seninya yang merakamkan gambar bogel melibatkan ramai orang. - Agensi

Rumah sewa Michael Jackson dijual

Gambar fail menunjukkan rumah yang pernah disewa Jackson di Los Angeles

Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi terkenal, mendiang Michael Jackson meninggal dunia di sini akhirnya dijual pada harga AS$18.1 juta (RM54.7 juta), lapor akhbar LA Times kelmarin.
Pembeli rumah tersebut ialah seorang pengarah urusan kanan di syarikat Cerberus Capital Management, Steven Mayer.
Pemilik asal rumah itu ialah ketua eksekutif syarikat pereka pakaian jenama Ed Hardy, Hubert Guez.
Kediaman yang direka oleh Richard Landry itu mempunyai keluasan 1,580 meter persegi yang dibina pada 2002.
Ia mempunyai tujuh buah bilik tidur dan dilengkapi sebuah pawagam, lif, gimnasium, kolam renang, bilik wain bawah tanah dan sebuah rumah tetamu.
Pada Mac lalu, penyanyi Britain, Robbie Williams dilaporkan turut berminat untuk membeli rumah berkenaan.
Jackson, 50, meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah tersebut pada 25 Jun 2009. - Agensi

Samsung Galaxy S III dijual 30 juta



Model Galaxy S III telah melepasi jualan global sebanyak 30 juta sejak diperkenalkan pada Mei dan terus menjadi kegemaran di kalangan pengguna, kata Samsung Electronics Co. Ltd.

Presiden dan Ketua Bahagian IT dan Komunikasi Mudah Alihnya, JK Shin berkata, mencapai sejarah jualan ini dalam tempoh lima bulan mencatatkan satu lagi rekod untuk syarikat. 

"Kami amat gembira dan akan meneruskan usaha ini dengan menyediakan pelanggan produk yang mereka gemari," kata beliau. 

Model Galaxy S III menawarkan pemproses yang lebih berkuasa yang membolehkan pengguna menonton video dan menulis e-mel secara serentak, serta skrin luas HD Super AMOLED berukuran 4.8 inci. 

Samsung telah menjual 56.3 juta telefon pintar, termasuk Galaxy S III pada Julai-September, mewakili 31.3 peratus daripada pasaran global.

Monday, November 5, 2012

Makam puteri Firaun ditemui

Tiga ukiran patung ditemui di makam Puteri Nebti di selatan Kaherah baru-baru ini.

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini.
Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara.
Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy kelmarin selepas ia ditemui baru-baru ini.
Terdapat empat tiang batu di makam puteri tersebut.
Inskripsi pada tiang itu menunjukkan puteri berkenaan merupakan anak perempuan Raja Men Salbo.
Tapak makam itu kini ditutup bagi mengelak kehadiran orang awam.
Bagaimanapun, Mohamed berkata, kerja-kerja penggalian di lokasi tersebut masih lagi di peringkat awal. - AP

Ukiran unik di Lapangan Terbang Wellington


Seorang lelaki merakamkan gambar ukiran Gollum
WELLINGTON - Satu ukiran unik yang menunjukkan Gollum iaitu watak fiksyen dalam filem The Lord of the Rings dipamerkan di Lapangan Terbang Wellington di sini sejak 31 Oktober lalu.
Ukiran sepanjang 13 meter itu dihasilkan oleh artis seni Jepun, Masayuki Ohashi dengan menggunakan polistirena, gergaji rantai dan teknologi robot.
Gollum merupakan watak yang diperkenalkan dalam novel fantasi The Hobbit karya J.R.R. Tolkien.
Filem Lord of the Rings diarahkan oleh pengarah filem dari New Zealand, Peter Jackson.
Tujuan ukiran itu dipamerkan adalah bagi meraikan tayangan perdana filem The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Jackson pada 28 November depan. - Agensi

Sunday, November 4, 2012

Diana dan Farid Kamil Pilih Turki Lokasi Bulan Madu

Diana menyarungkan cincin pada jari Farid selepas mereka diijabkabulkan di Ampang semalam.

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti iaitu Diana Danielle dan Farid Kamil yang selamat dinikahkan semalam. Pasangan pelakon ini telah memilih Istanbul, Turki sebagai lokasi bulan madu mereka.
Pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah tetapi ia terpaksa ditunda kerana kesukaran untuk mendapatkan visa ke Tanah Suci pada bulan Disember.
Oleh kerana itu mereka akan berbulan madu ke Istanbul terlebih dahulu dan seterusnya ke Mekah.
Farid Kamil, 31, dan Diana, 21, selamat diijabkabulkan di Hotel Flamingo by The Lake di sini pada pukul 9.10 pagi oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Daim Jajuli berwalikan hakim disebabkan Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson tidak dapat mengesan bapa kandungnya.
Majlis turut dihadiri ibu Diana, Norsiah Ramli dan ibu bapa Farid, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta kira-kira 300 tetamu.

Jawatan kosong di Majlis Daerah Pendang


Majlis Daerah Pendang mempelawa warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat negeri Kedah untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Pembantu Penilaian W17
2. Pembantu Penguatkuasa N17
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
4. Pembantu Kesihatan Awam U17
5. Pembantu Pertanian G17
6. Juruteknik J17
7. Juruteknik Komputer Ft17
8. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17
9. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27


Borang Jawatan Kosong
Iklan Jawatan Kosong

Tarikh tutup 8 November 2012