Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Wednesday, October 31, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) sebagai :-

1.Pemandu kenderaan R3 
2.Pembantu Hal Ehwal Islam S17
(Sila klik pada jawatan untuk iklan dan syarat lantikan)

Tarikh tutup permohonan: 8 November 2012

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

Mendiang Elizabeth Taylor dan Michael Jackson merupakan dua selebriti yang telah meninggal dunia tetapi masih meraih pendapatan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.

Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.
Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan.
Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.
Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.
Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada tayangan setiap filem-filem lakonannya.
Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya.
Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta.
Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dan Steve McQueen.

Keranda dilengkapi sistem karaoke

SEORANG pekerja menguji sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke di kilang milik Nogoy di wilayah Pampanga semalam.

MANILA - Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.
Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.
Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.
Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu. - Agensi

Tuesday, October 30, 2012

Ribuan biri-biri 'tawan' Madrid

Sejumlah orang menyaksikan ribuan ekor biri-biri itu.

MADRID, Sepanyol - Lebih 2,000 ekor biri-biri melalui kawasan di tengah bandar raya ini kelmarin sehingga menjadi tumpuan para pelancong.
Sejumlah pengembala mengawasi biri-biri milik mereka yang menggunakan beberapa laluan di bandar raya ini untuk pergi ke kawasan padang dan hutan.
Biri-biri itu sebelum ini ditempatkan di kawasan tanah tinggi yang sejuk.
Laluan itu telah digunakan untuk laluan haiwan tersebut sejak 1273. - AP

Kapal mewah peninggalan Steve Jobs

GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter.

NEW YORK - Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya.
Ia yang dibina sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda diberi nama Venus. Kos pembinaan kapal berkenaan tidak dapat dipastikan.
"Saya tahu, saya mungkin meninggal dunia dan meninggalkan isteri saya, Laurene bersama sebuah kapal yang separuh siap," kata Jobs kepada penulis biografi, Walter Isaacson.
Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 akibat komplikasi kanser pankreas tidak sempat melihat kapal berkenaan siap sepenuhnya.
Keluarga Jobs memberikan alat pemain muzik iPod Shuffle kepada setiap kru yang membantu membina kapal tersebut.
Antara peralatan canggih yang terdapat dalam kapal itu ialah komputer iMac. - Agensi

Monday, October 29, 2012

Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui

GAMBAR yang dirakamkan pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran bandar Provadia.

SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah.
Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi.
Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah.
Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut.
Penemuan yang dibuat oleh kumpulan ahli arkeologi Bulgaria itu disahkan oleh saintis Jerman, Jepun dan Britain. - Agensi

Sunday, October 28, 2012

Zeenat wanita kerdil tertua


ZEENAT menunjukkan sijil lahir dikeluarkan kerajaan menyatakan dia berusia 101 tahun, tetapi mendakwa 12 tahun lebih tua daripada itu.
ZEENAT menunjukkan sijil lahir dikeluarkan kerajaan menyatakan dia berusia 101 tahun, tetapi mendakwa 12 tahun lebih tua daripada itu.
Seorang wanita Bhopal, India bakal ‘mencabar’ maklumat Buku Rekod Dunia Guinness apabila mendakwa dia adalah wanita kerdil tertua di dunia.

Mengaku berusia 113 tahun, Zeenat Bi berkata, dia masih ingat suasana India ketika ditadbir Inggeris dan keluarga bangsawan berpengaruh besar dalam kehidupan seharian.

Menurut wanita setinggi 91 sentimeter itu, dia melihat bagaimana Bhopal dipenuhi hutan tebal ketika zaman Inggeris bertukar wajah dari semasa ke semasa. “Pada satu ketika, Inggeris membawa roti mereka untuk kali pertama dan penduduk setempat begitu teruja melihatnya,” katanya. 

Jika dakwaan Zeenat itu benar, bermakna dia dilahirkan ketika British ditadbir Ratu Victoria (meninggal dunia pada 22 Januari 1901) yang menggunakan gelaran Maharani India. Rekod wanita kerdil tertua diiktiraf Buku Rekod Guinness ketika ini ialah Deforest Mason, 74.

Tidak pernah berkahwin, Zeenat kini hidup dengan pencen kerajaan bernilai 272 rupee (RM15.55) sebulan dan menumpang di rumah seorang lelaki tempatan, Abrar Muhammad Khan, sejak 20 tahun lalu.

Kata Zeenat, satu-satunya harta yang ada padanya ialah katil kecil dihadiahkan bekas Ketua Menteri Bhopal, Uma Bharti.

“Dia juga pernah menghantar bantuan 2,500 rupee (RM 141) setiap bulan tetapi kini kerajaan tidak mempedulikan saya,” katanya.

Menurut Zeenat, dia mempunyai beberapa hajat sebelum meninggal dunia. Antaranya, kata Zeenat, dia mahu bertemu bintang Bollywood, Salman Khan.

“Saya juga mahu mengerjakan haji, tetapi ia terlalu mahal dan tiada sesiapa dapat menemankan saya,” katanya. - DM

Sarung Tangan Pintar


CIPTAAN Gountlet Keyboard membolehkan pengguna menggunakan ibu jari untuk menaip mesej tanpa perlu menaip pada papan kekunci atau skrin sentuh yang terdapat pada telefon pintar. - AFP
HUNTSVILLE, Alabama 27 Okt. - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut.

Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002.

Seorang daripada pereka cipta tersebut, Jiake Liu berkata, dengan sarung tangan itu, pengguna boleh menggunakan ibu jari mereka untuk menyentuh huruf yang terdapat pada jari dan tapak tangan mereka tanpa perlu menggunakan papan kekunci atau skrin sentuh pada alatan elektronik mereka.

Katanya, fungsi space dan enter turut dimasukkan dalam sarung tangan terbabit yang dihubungkan melalui Bluetooth.

"Gauntlet Keyboard boleh berfungsi dengan komputer, telefon pintar, alat kawalan permainan video, alat muzik dan peralatan tentera.

"Ciptaan ini juga boleh digunakan sebagai papan kekunci kepada penguna yang cacat sebelah tangan atau kekurangan jari," katanya. - AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, October 25, 2012

Jawatan kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu



Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di  Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu:- 

1. Pegawai Teknologi Maklumat (EIO)
2. Juruteknik Komputer (TSO)

(Iklan Jawatan klik di sini)
Permohonan hendaklah di buat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website www.tesdec.edu.my .


Tarikh tutup jawatan 29 Oktober 2012

Suami tikam isteri kerana bekerja



KABUL - Seorang lelaki di bandar barat Afghanistan bertindak menikam isterinya sehingga mati kerana keluar rumah untuk bekerja.
Jurucakap polis Noor Khan Nekzad berkata, suspek Mohammad Anwar ditangkap di ibu kota wilayah berkenaan kerana tuduhan membunuh sebelum berlaku pertengkaran.
“Suspek dipercayai seorang penagih dadah bertindak demikian kerana isterinya, Ghulam enggan memberi wang,” katanya.
Sementara itu, kejadian tersebut mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis hak asasi manusia apabila sebilangan masyarakat masih mengekalkan peraturan di bawah pemerintahan Taliban kerana melarang wanita untuk keluar bekerja.
Mereka mendakwa, sekiranya peraturan ini masih dikekalkan, aktiviti pelacuran mungkin akan berlaku kerana kebanyakan penduduk di wilayah itu masih terhimpit dengan kemiskinan. -AP

Syria setuju gencatan senjata sempena Aidiladha

Syria
Kerajaan Syria dilaporkan bersetuju dengan gencatan senjata sempena Aidiladha. – Foto ihsan CNN

DAMSYIK - Kerajaan Syria, yang berhadapan dengan konflik sejak 20 bulan lalu, yang kini bertukar menjadi perang saudara, akhirnya bersetuju untuk menerima gencatan senjata sempena Aidiladha.

Gencatan senjata akan berkuat kuasa esok.

Duta khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Lakhdar Brahimi berkata, beberapa pihak di kalangan pemberontak juga pada dasarnya telah bersetuju dengan keputusan gencatan senjata.

Bagaimanapun menurut jurucakp Kementerian Luar, Jihad Makdissi, daripada perspektifnya, belum ada keputusan konkrit.

"Isu menghentikan operasi tentera ketika cuti Aidiladha masih dikaji oleh ketua turus tentera dan angkatan tentera," kata Jihad dipetik CNN.

Keputusan akhir akan dikeluarkan esok.

Awal tahun ini, kerajaan bersetuju dengan pelan damai enam perkara, yang diusahakan oleh bekas duta khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan.

Bagaimanapun ia menemui kegagalan ekoran peningkatan keganasan di kedua-dua pihak.

Wednesday, October 24, 2012

Jawatan kosong di Majlis Daerah Kampar



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan 
keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 
yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, 
Perak Darul Ridzuan.
Bil

Jawatan

Gred
1

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran



U29


Muat turun Syarat Permohonan
Muat turun Borang Permohonan
Tarikh tutup : 31 Okt 2012

Buat duit dengan blog


APABILA bercerita tentang blog hiburan, peminat dan pemerhati perlu memahami niat dan mesej yang ingin disampaikan oleh para pengendalinya. Apakah blog tersebut ditubuhkan hanya sekadar suka-suka ataupun mempunyai tujuan yang tertentu?

Ini kerana dalam industri kini, blog hiburan juga memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyampaikan berita-cerita gosip berkenaan seseorang artis tetapi juga sebagai medium yang dapat mempromosikan lagi industri tersebut.

Ini bermakna, jika sisi negatif blog hiburan melibatkan kisah-kisah panas dan gosip yang berkaitan industri dan artis, sisi positifnya pastilah ia memberi promosi terhadap artis terbabit selain produk-produk penerbitan seperti drama, filem dan juga majlis anugerah.

Menurut pengendali blog hiburan tempatan rotikaya.com, Mohd. Ismail Baharudin, kehadiran blog-blog hiburan turut menyumbang kepada pembangunan industri hiburan sedia ada.

"Jika 10 tahun dahulu, peminat industri ini hanya mampu mendapatkan maklumat daripada media arus perdana seperti akhbar dan majalah, kini mereka mempunyai pilihan iaitu media alternatif, blog antaranya.

"Tidak dinafikan etika penulisan sering menjadi persoalan utama. Akan tetapi masyarakat umum harus faham, dalam dunia blog, kepantasan berita itu dan juga tahap sensasinya memainkan peranan utama.

"Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna semua laporan yang ditulis tidak mempunyai bukti, cuma mungkin beberapa isu itu terus disiarkan sebelum mendapat kesahihan kerana jika menunggu kesahihan, ia mungkin memakan masa," jelasnya.

Tambah Ismail, menjadi individu biasa dan bukannya berlatar belakangkan kewartawanan juga merupakan satu bonus kepada pengendali blog. Ini kerana mereka tidak terikat dengan etika serta peraturan sedia ada seperti wartawan akhbar.

"Selain itu, pengendali blog juga cenderung untuk menulis secara sensasi kerana mereka merupakan penyunting kepada berita sendiri. Selain cerita sensasi, apa lagi yang peminat mahukan?

"Seseorang artis itu perlulah bijak untuk menggunakan medium yang ada kerana blog bukan hanya memaparkan kisah negatif tetapi ia juga menyumbang kepada perjalanan karier mereka," katanya.

Sementara itu, pengendali kepada blog hiburan budiey.com, Budiey pula menegaskan bukan kesemua blog hiburan menjadikan kisah sensasi dan negatif artis sebagai paparan utama mereka tetapi banyak juga kisah-kisah positif.

"Tidak dinafikan, banyak blog hiburan masa kini menggunakan isu-isu sensasi artis itu untuk menaikkan jumlah pembaca mereka tetapi bukan kesemuanya.

"Oleh yang sedemikian, pembaca itu sendiri juga perlu memainkan peranan sama ada untuk menerima berita tersebut secara terus ataupun mendapatkan maklumat tambahan daripada sumber-sumber berbeza," jelasnya.



Sarung telefon iPhone5



MESKIPUN iPhone5 belum menjengah ke pasaran Malaysia, namun syarikat pengkhususan rekaan dan pengubahsuaian sarung telefon, PopMyCase telah pun melancarkan koleksi terbaharu bagi sarung telefon pintar tersebut.
Ia dianggap masa yang sesuai kerana ramai menjangkakan iPhone5 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini. Sebagai salah satu daripada lima syarikat pengubahsuaian rekaan sarung telefon di dunia, PopMyCase kini menerajui pasaran Asia yang bernilai AS$150 juta (RM461 juta).
PopMyCase adalah satu-satunya syarikat di Asia yang menyediakan platform untuk pengguna telefon pintar menghasilkan rekaan sarung telefon tersendiri. Ia membolehkan pengguna memiliki sarung telefon yang menarik dan mengikut cita rasa masing-masing.
"Sarung telefon pintar iPhone5 dari PopMyCase mampu memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menonjolkan personaliti mereka. Selain menyediakan ruang untuk menghasilkan karya unik, kami juga bekerjasama dengan beberapa artis grafik ternama untuk menghasilkan rekaan yang mempunyai elemen seni," ujar Pengarah Urusan Kumpulan Pop My Berry, Josafri Johari.
Tambah Josafri berikutan maklum balas yang diterima daripada pelanggan iPhone5 tentang bahagian belakang telefon yang mudah calar, PopMyCase adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ini kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang dikenali sebagai Lexan. Ia sejenis bahan khas iaitu resin polikarbonat yang ringan, tahan lasak dan fleksibel serta turut digunakan oleh NASA dan komponen jentera Formula Satu.
Pasaran Indonesia dan Australia
Pengubahsuaian karya sarung telefon di popmycase.com amat mudah untuk dilakukan. Pengguna hanya perlu muat turun gambar sendiri daripada komputer pada kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang iPhone5. Hasil rekaan yang telah siap akan dihantar terus kepada anda dalam tempoh dua hingga tiga hari.
Sehingga kini, sebanyak 20,000 sarung telefon pintar PopMyCase sudah terjual sejak mula dipasarkan enam bulan lalu. Kini, mereka menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 80,000 menjelang penggal pertama tahun hadapan.
Rentetan itu, PopMyCase juga akan mengembangkan pasaran ke Indonesia dan Australia tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan tinggi daripada kedua-dua negara tersebut.
"Buat masa sekarang, pasaran luar negara menyumbang kira-kira 35 hingga 40 peratus perolehan syarikat dan kami menyasarkan dengan pelancaran sarung telefon iPhone5, ia mampu meningkat kepada 55 hingga 60 peratus," kata Josafri selepas majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pengarah Besar Kumpulan Digital PopMyCase, Riz Ainuddin memberitahu, penghasilan sarung telefon tersebut menggunakan teknologi percetakan tiga dimensi (3D) resolusi tinggi.
"Semua produk kami dihasilkan melalui proses pembuatan yang sangat kompleks dan tekanan haba setinggi 285 darjah Celcius. Ini menyebabkan dakwat berwarna meresap terus dalam sarung telefon berkenaan sekali gus menghasilkan imej yang sangat jelas dan tidak mudah luntur," jelas Riz.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.popmycase.com. Harga jualan bermula daripada RM98.

Gangnam Style tidak popular di Jepun

PSY menyampaikan lagu Gangnam Style semasa konsert sempena perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Korea, Yeongam, Korea Selatan pada 14 Oktober lalu.

SEOUL - Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia.
Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style.
Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular.
Gangnam Style pernah mengungguli beberapa carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat. Namun lagu itu cuma berada di tempat ke-30 carta 30 muzik iTunes di Jepun.
Bagi memburukkan lagi keadaan, banyak blog muzik Jepun berpendapat, kejayaan besar video muzikGangnam Style di laman perkongsian video YouTube adalah kerana penggunaan program tontonan automatik dikenali 'bots'.
Mereka memberitahu, Gangnam Style mencatat tontonan tinggi ekoran peminat di Korea Selatan menekan butang F5 pada papan kekunci komputer bagi memainkan lagu itu berulang kali.
Justeru, sebahagian peminat K-Pop di Jepun menggelarkan lagu popular itu sebagai F5 Style.
Menurut beberapa pendapat lain, Gangnam Style kurang mendapat sambutan di Jepun kerana Psy, 34, tidak menerbitkan lagu versi bahasa Jepun seperti dilakukan sejumlah bintang K-pop lain sebelum ini.
Muzik video Gangnam Style yang dimuat naik pada Julai lalu telah ditonton lebih 532 juta kali di laman YouTube. - AFP

Tuesday, October 23, 2012

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

JAWATAN
GRED
STATUS LANTIKAN
PENEMPATAN
Juruaudit
W41
Kontrak
Kampus Nilai
Juruteknologi Pergigian
U36
Tetap/Kontrak
Kampus Pandan Indah
Setiausaha Pejabat
U27
Kontrak
Kampus Pandan Indah
Pengawal Keselamatan
KP11
Kontrak
Kampus Nilai

CARA MEMOHON:
i . Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web http://www.usim.edu.my dan klik ke e-IRIS boleh diperolehi melalui Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan laman web tersebut.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari 
tarikh tutup iklan dianggap gagal.

iii. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988125/8114/8113. 


TARIKH TUTUP IKLAN  :     01 NOVEMBER 2012

Pakaian samurai wanita dilelong

Pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun ini diramal mencecah harga beratus-ratus ribu pound. - AGENSI

LONDON 22 Okt. - Sepasang pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun bakal dilelong di sini awal bulan depan, dan harganya dijangka mencecah beratus ribu pound.

Wakil firma lelongan Bonhams, Suzannah Yip berkata, kelengkapan samurai itu yang dibuat pada tahun 1800-an akan dilelong pada harga permulaan 40,000 pound (RM200,000) di London pada 6 November ini.

"Jumlah pakaian samurai untuk wanita sangat sedikit dan sukar ditemui.

"Pakaian yang dilelong ini dilengkapi perisai, yang berbeza dengan yang dipakai oleh lelaki kerana ia lebih mirip seperti pakaian tradisional wanita Jepun, kimono," katanya.
Perisai tersebut boleh dipakai oleh wanita yang bertubuh kecil yang mempunyai ketinggian kurang 1.5 meter.

Namun, dengan latihan yang ketat dan menggunakan pedang katana yang berbahaya, samurai wanita boleh menjadi lebih hebat berbanding lelaki yang dua kali ganda lebih besar.

Malah, untuk melindungi identiti wanita, pakaian perisai itu turut dilengkapi topeng merah yang mempunyai dua gigi taring dan misai.

Menurut Yip, perisai berkenaan dibuat khas untuk wanita Jepun kelas atasan dan pertengahan, namun ramai yang tidak menggunakannya semasa pertempuran.

"Gaya pakaian samurai juga berubah-rubah mengikut zaman dengan beberapa elemen berlainan dimasukkan.

"Perisai yang diperbuat daripada besi ini lebih ringan berbanding perisai lelaki," katanya. - AGENSI



Jawatan kosong di PNMB

Jawatan kosong di Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Tarikh tutup 31 Oktober 2012


We are committed to creating an ideal working environment that rewards performance both individually and collectively. In return, we expect employees to be result-oriented, committed and accountable to the company. Our goal is to foster staff excellence in the process of building a truly great and successful company.

We offer attractive remuneration packages, Group Hospitalisation Scheme for staff and immediate family members, insurance coverage, training for career and personal development, incentives for job advancement, excellent career development opportunities and promotions based on competency and contribution/upgrading. Everyone is given a fair chance to contribute to the success of the company and realise their potential. Come join our world of never ending opportunities.

1.Technician (Machine Operator)

Batu penyendal pintu sebenarnya meteorit

PROFESOR fizik dan astronomi di Universiti Eastern Kentucky, Rodney Piercey memeriksa meteorit yang ditemui pada tahun 1853.

TENNESSEE - Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.
Pasukan penyelidik Universiti Tennessee memperoleh meteorit seberat 15 kilogram itu daripada keluarga Donna Lewis di sini yang menggunakannya sebagai penyendal pintu dan pelapik pokok bunga hiasan sejak beberapa tahun lalu.
Pada mulanya, batu itu ditemui di sebuah padang ragut ternakan dekat Tazewell, Tennessee, pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki, Tilmon Brooks.
Brooks ialah datuk Donna Lewis yang merupakan seorang setiausaha sekolah di Pineville, Kentucky.
Ujian yang dilakukan di Universiti Tennessee merumuskan bahawa meteorit itu berasal daripada hujan meteor yang pernah berlaku di sini pada 1853.
"Saya lihat kanak-kanak di sekolah kami berasa teruja apabila melihat batu meteor itu.
"Saya sangat lega apabila mengetahui Universiti Tennessee akan menyimpan meteorit ini dengan baik bagi tujuan penyelidikan," kata Lewis. - Agensi

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

SENAD HADZIC

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Sunday, October 21, 2012

Telefon pintar diguna 1 bilion



LONDON 20 Okt. - Jumlah pengguna telefon pintar di seluruh dunia kini mencecah satu bilion.

Menurut pakar, itu bermakna, satu daripada tujuh orang memiliki telefon pintar di dunia, dan angkanya boleh berganda dalam tempoh paling singkat tiga tahun.

Telefon pintar mula diperkenalkan pada 1996, namun memerlukan rangkaian digital pantas bagi membolehkannya berhubung antara satu sama lain.

Lima tahun lalu, Apple melancarkan iPhone yang menjadi revolusi kepada pasaran telefon pintar yang bukan sekadar membantu meningkatkan jualan jenamanya, tetapi turut muncul sebagai pesaing kepada Samsung.

Jurucakap Kajian Pakar Strategi Analitis, Scott Bicheno berkata, peningkatan bilangan pengguna yang mahu melayari Internet menggunakan telefon bimbit merupakan satu faktor menyumbang kepada pertambahan jualan alat telekomunikasi tersebut.

"Apple telah merevolusi rekaan telefon pintar dan banyak membantu perkembangan industri.

"Sejak itu, pasaran telefon pintar menjadi seperti medan pertempuran yang hebat," katanya.

Apple telah menjual lebih lima juta unit iPhone edisi baharunya dalam tempoh tiga hari selepas dilancarkan bulan lalu. - AGENSI



Pasangan pengantin pakai kostum Klingon

GUSTAVSSON (kiri) dan Sockertopp memakai kostum watak Klingon pada majlis perkahwinan mereka di Pusat ExCel, timur London kelmarin.

LONDON - Satu pasangan pengantin, Sonnie Gustavsson dan Jossie Sockertopp memakai kostum watak yang terdapat dalam filem Star Trek, Klingon pada majlis perkahwinan mereka di sini kelmarin.
Sockertopp, 23, dan Gustavsson, 29, sanggup datang dari Sweden ke sini semata-mata untuk berkahwin dalam majlis tersebut di Pusat ExCel, timur London.
Pusat itu menjadi lokasi tempat Persidangan Star Trek diadakan buat kali pertama yang dihadiri para peminat filem itu, pelakon dan penulis.
Klingon merupakan watak pahlawan dalam filem tersebut.
"Saya menjadi peminat Star Trek sejak kecil lagi. Majlis ini amat menyeronokkan," kata Gustavsson. - Agensi

Saturday, October 20, 2012

Budak enam tahun juruhebah termuda

Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri.
Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri.

LONDON - Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara.

Pada umur enam tahun, Amber  atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet.

Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.

Amber kini memiliki slotnya sendiri yang dikeudarakan dalam segmen bapanya dan Amber  bertanggungjawab memilih dan memainkan lagu selain bercakap dan memberi isyarat muzik.

Dalam satu temu bual bersama akhbar harian Britain, The Sun, Steve memberitahu anaknya itu sentiasa menari sebaik sahaja beliau menyiarkan muzik yang digemarinya di dalam studio.  - AFP

Objek berwarna cerah ditemui di Marikh

GAMBAR yang dirakamkan pada 15 Oktober lalu menunjukkan satu objek kecil berwarna cerah di planet Marikh.

LOS ANGELES - Kenderaan robotik Curiosity menemui satu objek kecil yang berwarna cerah di sebuah kawasan di planet Marikh, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
Saiz objek tersebut hanya satu milimeter dan ditemui selepas kenderaan robotik milik NASA itu menggunakan peralatan penggalian.
Seorang saintis projek Marikh, John Grotzinger berkata, para penyelidik pada mulanya menyangka objek tersebut berasal dari kenderaan robotik itu.
Bagaimanapun, para saintis berpendapat objek itu mungkin sebahagian daripada kandungan yang terdapat di dalam tanah planet berkenaan.
Objek tersebut mungkin sejenis mineral.
Pada minggu lalu, NASA menyatakan satu lagi objek berwarna cerah yang turut ditemui Curiosity di planet Marikh sebenarnya serpihan plastik.
Menurut NASA, plastik tersebut mungkin jatuh dari kenderaan robotik itu.
Curiosity melakukan misi penerokaan di Marikh selepas ia tiba di planet tersebut pada 6 Ogos lalu.
Misi penerokaan selama dua tahun itu melibatkan kos sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.62 bilion). - Agensi

Ulama dakwa perkahwinan Saif, Kareena anti-Islam

SAIF (kiri) dan Kareena dikerumuni jurugambar di sebuah lapangan terbang di Mumbai semalam.

NEW DELHI - Sebuah sekolah pendidikan Islam, Darul Uloom Deoband menganggap perkahwinan antara pelakon Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor sebagai anti-Islam, lapor portal beritaApunKaChoice semalam.
Mereka membuat kenyataan itu kerana Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum dia berkahwin dengan Saif.
"Mengikut undang-undang Islam, perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar agamanya kepada Islam," kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.
Status akad nikah pasangan artis berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut ajaran Islam atau tidak.
Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan pernikahan mereka di Mumbai pada 16 Oktober lalu.
Majlis resepsi perkahwinan mereka kemudiannya diadakan di sini.
Menurut beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan ikrar perkahwinan.
Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan anak perempuannya itu akan memeluk Islam.
"Tidak ada sesiapa yang menukar agama di sini, seorang insan berkahwin dengan insan yang lain dan mereka tidak kisah mengenai kasta, kepercayaan atau keturunan, " kata Randhir. - Agensi

Lelaki paling tinggi di AS dapat kasut baharu


VOVKOVINSKIY memegang kasutnya semasa dia diwawancara wartawan televisyen WCCO, Holly Wagner di Kelab Atlet Rochester di Rochester kelmarin.
ROCHESTER, Minnesota - Lelaki paling tinggi di Amerika Syarikat (AS), Igor Vovkovinskiy memperoleh tiga pasang kasut tenis Reebok pada Khamis lalu.
Kasut itu ditempah khas oleh Vovkovinskiy, 30, yang setinggi 2.35 meter dan ia mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.
Sepanjang ingatannya, dia hanya mempunyai sepasang kasut kerana ketiadaan saiz yang sesuai untuk kakinya.
Vovkovinskiy berkata, dia telah menjalani 16 kali pembedahan pada kakinya dalam tempoh enam tahun kerana kecederaan akibat memakai kasut yang tidak sesuai.
Menurut laporan akhbar The Post- Bulletin, orang pertama yang diberitahunya tentang kasut itu ialah ibunya.
Kos tinggi diperlukan untuk membuat kasut yang bersaiz 24 itu.
Namun, Vovkovinskiy mengutip derma di internet pada awal tahun ini.
Dia berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$32,000 (RM97,666).
Selepas memperoleh wang itu, dia mengunjungi ibu pejabat Reebok di Canton, Massachusetts, AS dan menjalani beberapa siri ujian.
Ujian itu dilakukan bagi membolehkan syarikat tersebut menghasilkan kasut yang sesuai untuk kakinya.
Kasut tersebut telah mengubah corak kehidupan Vovkovinskiy.
"Saya kini boleh pergi ke kedai runcit atau perkakasan jika saya memerlukan barang untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di rumah ibu saya," katanya. - Agensi