Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Wednesday, December 29, 2010

29 robot ajar bahasa Inggeris

ROBOT digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendha di Daegu, Korea Selatan kelmarin.

SEOUL - Hampir 30 robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan, kata beberapa pegawai semalam.
Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh Institut Teknologi Sains mula mengajar kelmarin di 21 buah sekolah di bandar Daegu.
Sebanyak 29 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.
Robot itu membaca buku untuk murid-murid dan menari dengan menggoyangkan kepala dan tangannya.
Ia turut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina.
Guru-guru itu boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.
"Gaji guru-guru yang berpendidikan tinggi dari Filipina adalah lebih murah daripada rakan-rakan sejawatan mereka dari negara lain," kata seorang saintis kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae yang menjelaskan kenapa guru dari negara itu digunakan. - AFP

Tuesday, December 28, 2010

Wanita 292.1 kg makan 30,000 kalori

DONNA SIMPSON makan makanan 30,000 kalori pada Sabtu lalu.

NEWARK - Seorang ibu yang mempunyai dua anak di negeri New Jersey, Amerika Syarikat (AS), Donna Simpson memakan makanan mengandungi 30,000 kalori yang boleh mengenyangkan lebih 12 orang, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mengambil masa dua jam dan membelanjakan AS$231(RM717) untuk menghabiskan dua ayam belanda seberat 11.3 kilogram (kg), sejumlah daging, 6 kg kentang, lima buku roti, 2.2 kg herba, 1.8 liter kuah, 1.8 liter sos kranberi dan 9 kg sayur ketika makan malam Hari Krismas pada Sabtu lepas.
Simpson yang seberat 292.1 kilogram dan tinggi 1.57 meter itu merupakan ibu paling gemuk di dunia tetapi dia mahu menambahkan berat badannya sehingga 453.6 kilogram untuk bergelar wanita paling gemuk di dunia. - Agensi

Bekas isteri mengaku lelaki mirip Ariel

GAMBAR yang disiarkan akhbar Tribun Jabar semalam menunjukkan Sarah Amalia (tengah) duduk di ruang bangunan sebuah mahkamah di Bandung semalam.

BANDUNG - Vokalis kumpulan pop-rock popular Indonesia Peterpan, Ariel (gambar) agak gugup apabila bertemu dengan bekas isterinya, Sarah Amalia semasa perbicaraan kesnya berhubung dakwaan dia mengedarkan klip video lucah di sebuah mahkamah di sini semalam, lapor sebuah akhbar semalam.
Sarah sebelum ini tidak hadir sebanyak dua kali dalam perbicaraan itu melibatkan kes penyebaran beberapa klip video seks yang menampilkan individu mirip Ariel.
Sebaik duduk di kerusi saksi, Sarah sempat memandang Ariel.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan sebelum ini yang berakhir pada Mei 2008.
Ariel kemudian mengalih daripada melihat bekas isterinya itu dengan berbincang dengan peguamnya, Afrian Bondjol.
Semasa keluar dari kamar mahkamah, Sarah tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan.
Dia hanya bertindak mendiamkan diri.
Bagaimanapun, pendakwa raya, Rusmanto SH menyatakan, Sarah menjelaskan bahawa lelaki dalam klip video seks yang dilihatnya mirip Ariel.
Menurut Rusmanto, bekas isteri Ariel itu tidak menonton dua klip video yang menampilkan lelaki mirip penyanyi tersebut sedang melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan seorang wanita mirip Luna Maya.
Pendakwa raya itu berkata, Sarah pernah menonton klip video tersebut semasa dia disoal siasat di ibu pejabat polis sebelum ini.
Ariel dituduh mengedarkan dua klip video itu tetapi dia mengaku tidak bersalah.
Cut Tari yang merupakan seorang pengacara dan pernah menjadi kekasih Ariel pernah menyatakan di mahkamah sama bahawa dia memang melakukan hubungan seks dengan penyanyi itu sekurang-kurangnya tiga kali.
Sementara itu, Ariel mengaku dia menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia yang berlangsung pada Ahad lalu dari dalam penjara.
"Saya menonton dengan teman-teman di dalam penjara. Awalnya semangat, tapi ketika skuad kalah, saya jadi lemas," katanya ketika ditemui pemberita sebelum kes video seksnya dibicarakan.
Dalam perlawanan tersebut, skuad Indonesia kalah 3-0.
Ariel turut menganggap kekalahan skuad Indonesia itu adalah kerana kurangnya tumpuan para pemain dan sinaran lampu laser ke arah pemain Indonesia. - Agensi

Monday, December 27, 2010

Peladang tembak mati haiwan ganjil

HAIWAN yang ditembak mati Mark Cothren.

PERSIMPANGAN LEBANON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.
Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.
Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya.
"Ia kelihatan ganjil menyebabkan saya memegang raifal dan menembaknya. Saya berasa gembira kerana saya menembaknya kerana saya tidak mengetahui apakah sebenarnya makhluk itu," kata Cothren.
Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.
Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing.
Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut. - Agensi

Hefner usia 84 tahun bertunang model 24 tahun

HUGH HEFNER dan teman wanitanya, Crystal Harris menghadiri majlis tayangan perdana Iron Man 2 di pawagam El Capitan di Los Angeles pada 26 April lalu.

CHICAGO - Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84, mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Crystal Harris, 24, setelah mereka bertunang, lapor sebuah akhbar semalam.
"Selepas menonton filem malam ini (kelmarin), saya dan Crystal bertukar-tukar hadiah. Saya memberinya sebentuk cincin. Hari menjelang Krismas yang penuh bermakna," kata Hefner melalui Twitternya kelmarin.
Komen terbaru melalui Twiiternya mengenai lamarannya itu menyatakan: "Ketika saya memberi cincin itu kepada Crystal, dia menitiskan air mata. Hari Krismas yang paling indah".
Tunang Hefner, Crystal turut meninggalkan komen ringkas di Twitter dengan menyatakan: "Krismas yang paling bermakna".
Hefner turut memberi penjelasan lanjut mengenai komen-komen yang dibuatnya dan Crystal di Twitter berkaitan pertunangannya itu.
"Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal adalah cincin pertunangan kami. Saya tidak berniat untuk menimbulkan tanda tanya. Selamat Hari Krismas kepada semua," kata Hefner di laman sosial Twitter. - Agensi

Tuesday, December 21, 2010

Laman web porno akan disekat di Britain

LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.
Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.
Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.
Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.
Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi

Luna Maya tonton video seks di mahkamah

GAMBAR yang disiarkan akhbar KOMPAS.com semalam menunjukkan Luna Maya menangis di pekarangan sebuah mahkamah di Bandung. Gambar kecil Ariel

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbarKOMPAS.com semalam.
Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.
Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.
Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.
Pada minggu lalu, Cut Tari yang juga seorang pengacara mengaku di mahkamah sama bahawa wanita dalam salah satu klip video seks itu merupakan dirinya yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel.
Ariel menafikan dia lelaki dalam video tersebut.
Namun, semasa Luna Maya memberi keterangan semalam, dia menyatakan bentuk tubuh wanita dalam video seks yang didakwa sebagai dirinya itu kelihatan samar-samar.
"Untuk (susuk) wanita (dalam video itu), dia (Luna Maya) menyatakan wanita tersebut kelihatan samar-samar. Untuk lelaki itu, memang ada kemiripan dari rambutnya dengan terdakwa (Ariel)" kata pendakwa raya, Rusmanto selepas perbicaraan itu ditangguhkan.
Menurut Rusmanto, ekoran Luna Maya mengaku wajah wanita tersebut samar-samar, dia diminta supaya melihat klip video seks itu sebanyak tiga kali.
Pendakwa raya itu menyatakan bahawa perbicaraan itu melibatkan keterangan daripada tujuh orang saksi.
Saksi-saksi itu ialah Reza Rizaldy (Redjoy atau RJ), Puri Lasmi, Anggit Gagah Pratama, Luna dan Sarah Amalia.
"Saksi ialah dari ibu pejabat polis," kata Rusmanto.
Luna Maya yang menjadi saksi pertama tidak keberatan apabila diminta menonton klip video seks tersebut menerusi sebuah komputer riba.
Sebelum perbicaraan bermula, Luna Maya tidak berhenti-henti memandang Anggit yang menundukkan wajah untuk mengelakkan dia dirakamkan oleh jurugambar. Anggit menutup wajahnya dengan memakai topi dan memakai cermin mata hitam.
Luna Maya turut kelihatan menangis semasa menunggu perbicaraan bermula.
Bekas pengurus Luna Maya, Puri Lasmi yang juga seorang saksi kes dilihat cuba menenangkan Luna Maya, yang menangis itu.
Ariel yang nama sebenarnya Nazriel Izham, duduk tidak jauh dari Luna Maya hanya terdiam apabila melihatnya menangis.
Penyanyi itu berdepan tuduhan mengedarkan klip video seks yang dikatakan menampilkan lelaki mirip dirinya dan dua orang wanita iaitu Luna Maya dan pengacara Cut Tari. Pendedahan klip video seks itu menggemparkan Indonesia yang mempunyai undang-undang pornografi. - Agensi

Monday, December 20, 2010

Paris Hilton taja pasukan lumba motosikal 125cc

PARIS HILTON bergaya dengan menunggang sebuah motosikal pasukan perlumbaan miliknya di Madrid, kelmarin.

MADRID - Pelakon terkenal, Paris Hilton yang juga merupakan pewaris empayar perniagaan keluarganya menaja sebuah pasukan perlumbaan motosikal di sini kelmarin.
Pada satu sidang akhbar, Paris, 29, mengumumkan bahawa dia menaja pasukan lumba motosikal yang dikenali sebagai SuperMartxe VIP.
Pasukan itu akan bertanding dalam musim motosikal grand prix bagi kategori 125cc pada tahun depan.
Pelumba pasukan itu akan dipilih dengan kerjasama pasukan Queroseno Racing yang beribu pejabat di Barcelona.
Penglibatan terbaru selebriti itu dalam dunia perlumbaan motosikal akan melebarkan lagi bisnesnya yang sebelum ini meliputi minyak wangi, koleksi aksesori dan program realiti televisyen.
Selebriti itu turut memberitahu, pengalamannya menyertai majlis pelancaran pasukan perlumbaannya di laman Twitter.
Dia yang menghantar gambarnya beraksi dengan motosikal lumba menyatakan dalam laman berkenaan bahawa dia amat meminati motosikal tersebut selain menyatakan sidang akhbar tersebut sebagai 'panas.' - Agensi

Friday, December 17, 2010

Wanita bogel naik bas di Singapura

GAMBAR yang disiarkan asianoneNews menunjukkan aksi seorang wanita bogel yang menunggu dan menaiki sebuah bas di Bedok, Singapura kelmarin.

SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNewssemalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi

Pakaian Paltrow cetus perhatian

PAKAIAN Gwyneth Paltrow mencuri perhatian dalam majlis tayangan perdana filem Country Strong di sebuah pawagam Beverly Hills, California pada Selasa lalu.

BEVERLY HILLS - Pelakon yang popular menerusi filem Iron Man, Gwyneth Paltrow, 38, tampil berani dengan tidak memakai seluar dalam ketika menghadiri tayangan perdana filem terbarunya berjudul Country Strong, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada malam Selasa lalu, Paltrow kelihatan memakai skirt labuh lengan panjang berwarna putih.
Skirt yang dipakai oleh pelakon siri televisyen popular, Glee itu kelihatan sopan dengan menutup keseluruhan tubuhnya jika dilihat dari depan, tetapi ia terbelah pada bahagian tepi paha dan tubuh belakangnya.
Belahan itu jelas menunjukkan bahawa dia tidak memakai seluar dalam.
Pakaian tersebut adalah rekaan pereka terkenal, Emilio Pucci. - Agensi

Juri arah Putera Jefri bayar RM66.14 juta

THOMAS dan Faith Zaman.

NEW YORK - Adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah kalah kepada satu pasangan peguam suami isteri, Thomas dan Faith Zaman di sebuah mahkamah di sini kelmarin.
Ekoran kekalahan itu, juri memutuskan Jefri perlu membayar AS$21.10 juta (RM66.14 juta) kepada pasangan tersebut.
Bayaran itu meliputi AS$10.1 juta (RM31.66 juta) kepada Thomas dan AS$11 juta (RM34.5 juta) untuk Faith.
Pasangan itu mendakwa Putera Jefri berhutang dengan mereka berjuta-juta dolar dalam bentuk yuran perkhidmatan.
Juri mendapati pasangan itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan Putera Jefri berhutang sebanyak AS$10.1 juta kepada mereka dalam bentuk yuran perkhidmatan.
Peguam Faith, Mark Cymrot berkata, pihak juri memberikan award sebagai ganti rugi kepada pelanggannya, AS$11 juta selepas mendapati satu perjanjian pekerjaan dengan putera berkenaan adalah ikhlas dan perlu dihormati.
Putera Jefri sebelum ini mendakwa dalam perbicaraan itu bahawa pasangan peguam tersebut mencuri lebih AS$7 juta (RM21.9 juta) daripadanya menerusi pelbagai bentuk penipuan.
Namun, Thomas dan Faith menyatakan mereka menerima gaji yang rendah selain diberi kebebasan untuk melakukan apa yang perlu dilaksanakan.
Perbicaraan kes tersebut kemudiannya menjadi hangat ekoran pendedahan beberapa patung erotik bekas tunang Putera Jefri, Micha Raine.
Putera Jefri sebelum ini melantik pasangan tersebut untuk membantunya mengelak daripada menyerahkan sebahagian daripada asetnya sebagaimana yang diarahkan oleh kerajaan Brunei yang diperintah oleh abangnya, Sultan Hassanal Bolkiah.
Keputusan juri itu menggembirakan pasangan tersebut.
"Bagi kami, ini adalah justifikasi yang besar buat orang biasa. Kami bukan individu seperti Putera Jefri," kata Faith. Namun, para pegawai di Hotel New York Palace milik Putera Jefri nyata kecewa dengan keputusan itu.
"Kami tetap yakin bahawa berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan, hotel ini menjadi mangsa kepada skim penipuan," jelas pihak pengurusan hotel terbabit dalam satu kenyataan.
Pasukan peguam Putera Jefri akan mengemukakan rayuan. Putera Jefri tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan. - Agensi

Thursday, December 16, 2010

Pengguna Facebook kini lebih kreatif

MUKA SURAT artis Perancis, Alexandrea Oudin di laman Facebook kelihatan unik hasil daripada perubahan yang dilakukan oleh pengendali laman berkenaan.

PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.
Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.
Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi

Peserta realiti bogel diperkenalkan

BARISAN peserta yang menyertai program realiti televisyen, The Nak'd Truth di Land O'Lake, Amerika Syarikat.

LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan.
Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.
Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut.
Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.
"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.
"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.
Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi

Wednesday, December 15, 2010

Aksi seks oral Kesha di internet

KESHA

LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Tik Tok, Kesha menjadi mangsa penyebaran gambar lucah peribadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar yang disebarkan oleh Perez Hilton di laman webnya,UnratedPerez itu menunjukkan seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui melakukan seks oral ke atas Kesha.
Menurut laman web HipHopRX.com, Hilton pernah menyebarkan gambar kontroversi Kesha yang lain pada Julai lalu.
Namun, pada kali ini, gambar penyanyi itu lebih jelas.
Kesha merupakan antara selebriti antarabangsa seperti Miley Cyrus, Christina Aguilera dan Lady Gaga yang menjadi mangsa penggodam komputer yang mencuri gambar-gambar milik peribadi mereka dan menyebarkannya di Internet.- Agensi

Tuesday, December 14, 2010

Cut Tari mengaku seks dengan Ariel

GAMBAR fail menunjukkan Ariel dan Luna Maya.

BANDUNG - Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel.
"Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel," kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung.
Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006.
Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto.
Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari.
Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: "Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya."
Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.
Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu.
Itukan pendapat orang lain," kata Ariel ringkas kepada pemberita bagi mengulas pengakuan Cut Tari itu.
Peguam Ariel, Alfian Bonjol juga menyatakan bahawa Ariel menafikan bahawa dia adalah individu dalam klip video seks berkenaan.
"Anak guam saya menafikan dia adalah lelaki dalam klip video itu," kata Alfian kepada para pemberita.
Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan.
Perbicaraan itu diadakan secara tertutup.
Jika didapati bersalah mengedarkan klip video lucah, Ariel berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda hingga AS$672,000 (RM2.1 juta) kerana beberapa kesalahan termasuk menyebarkan pornografi di Internet.
Pemberita-pemberita tidak dibenarkan untuk berada di dalam bilik mahkamah.
Namun, mereka dibenarkan melihat sesi perbicaraan tersebut dari luar tingkap bilik mahkamah.
Pemberita-pemberita itu dapat melihat Cut Tari menonton salah satu klip video tersebut menerusi komputer riba.
Ariel yang ditahan di sebuah penjara di sini dituduh mengedarkan klip video lucah yang menampilkan seorang lelaki miripnya melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan kekasihnya, Luna Maya. - Agensi

Monday, December 13, 2010

Katrina Kaif dipilih wanita paling seksi di dunia

KATRINA KAIF

LONDON - Aktres popular Bollywood, Katrina Kaif dinamakan sebagai wanita paling seksi di dunia untuk tiga tahun berturut-turut menewaskan pesaingnya seperti pelakon Freida Pinto dan Priyanka Chopra, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengiktirafan Katrina yang membintangi filem Raajneeti danTees Maar Khan yang ditayangkan semasa sambutan Krismas itu diumumkan akhbar Eastern Eye's di London.
"Saya sangat gembira kerana menjuarai senarai Eastern Eye'ssekali lagi. England sememangnya lokasi istimewa buat saya dan saya rasa bertuah diundi sebagai wanita paling seksi oleh mereka.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua orang kerana sokongan ini," kata Kaif yang berusia 26 tahun.
Pemilihan itu dibuat berdasarkan gambar wanita yang paling banyak dirakamkan dan paling dikehendaki oleh penerbit filem serta peminat.
"Walaupun heroin Bollywood mendominasi 10 kedudukan teratas, senarai untuk tahun 2010 turut meliputi pemenang ratu cantik, pelakon terkenal dari seluruh dunia, bintang pop dan personaliti televisyen.
Justeru, Katrina harus berbangga apabila dia dinobatkan sebagai pemenang," kata editor hiburanEastern Eye's, Asjad Nazir. Pelakon itu dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Salman Khan yang turut dipilih sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People.
Akhbar Eastern Eye's itu diterbitkan dalam bahawa Inggeris untuk komuniti Asia di London. - Agensi

Saturday, December 11, 2010

Ramai wanita Jepun suka tarian tiang

SEORANG peserta Jepun, Eri Kamimoto membuat persembahan tarian tiang pada Kejohanan Tarian Tiang Antarabangsa di Tokyo kelmarin.

TOKYO - Tarian tiang yang kerap dikaitkan dengan unsur seks dan kelab tarian bogel kini berkembang pesat di Jepun sebagai kaedah senaman popular dalam kalangan wanita negara berkenaan.
Selepas tarian gelek melonjak popular di serata dunia sedikit masa lalu, kini wanita Jepun memilih tarian tiang sebagai trend terbaru mereka.
"Tarian tiang mempunyai dua cabang," kata seorang jurucakap Persatuan Tarian Tiang Antarabangsa, Tina Burrett ketika bercakap pada kejohanan antarabangsa ketiga sukan itu di sini kelmarin.
"Cabang pertama dikaitkan dengan tarian bogel dan industri seks tetapi pada masa kini saya berpendapat, cabang yang lebih dominan adalah tarian tiang yang berkait dengan kecergasan," tambahnya.
Menurutnya, aktiviti itu diminati oleh ramai wanita kerana ia bukan sahaja seksi tetapi memberikan senaman yang baik kepada mereka.
"Tarian tiang memerlukan tenaga dan stamina yang kuat kerana seseorang perlu menyokong berat badannya dengan menggunakan tangan," katanya. - AFP

Friday, December 10, 2010

Video seks Cut Tari akan ditayangkan di mahkamah

JAKARTA - Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan, Cut Tari (gambar) akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbarKompas semalam.
Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham.
Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit.
"Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu," kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea.
Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu.
"Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam.
"Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup.
"Banyak pengajaran yang telah saya ambil," kata Cut Tari yang sudah berkahwin.
Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: "Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu." - Agensi

Thursday, December 9, 2010

Buku paling mahal dilelong RM36.23 juta

ANTARA lukisan yang terdapat pada buku termahal di dunia yang dilelong kelmarin.

LONDON - Sebuah buku dilelong malam kelmarin pada harga £7.3 juta (RM36.23 juta) yang merupakan paling mahal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Buku yang dihasilkan pada abad ke-19 itu merupakan naskhah John James Audubon berjudul Bird of America.
Ia dilelong oleh Rumah Lelongan Sotheby's manakala identiti pembelinya tidak diumumkan.
Buku itu mengandungi 435 lukisan tangan yang berwarna dan dianggap sebagai koleksi penting hidupan liar Amerika Syarikat.
Audubon menghasilkan buku yang berukuran 90 sentimeter kali 60 sentimeter kerana dia mahu melukis hidupan liar dalam bentuk saiz sebenar. - Agensi

Wednesday, December 8, 2010

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (sukatan Tahfiz, KBSM & Al-Azhar) DG41 
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 
4. PENYELIA ASRAMA N17 
5. PEMBANTU MAKMAL C17 
6. PEMANDU KENDERAAN R3 
7. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN KOSONG

BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup : 24 Disember 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu

Terbuka kepada Rakyat Negeri Terengganu sahaja.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

IKLAN JAWATAN KOSONG


CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di:http://spn.terengganu.gov.my


Tarikh Tutup : 28 Disember 2010