Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Sunday, February 17, 2013

Haiwan seperti belut disangka makhluk asing



Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.
Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.
Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. - Agensi


Thursday, February 14, 2013

Kopi boleh cas telefon bimbit


Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting?

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit.

Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh.

Ciptaan yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk.

Gajet tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB.

Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber.

Pegawai Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara besar-besaran.

"Idea menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di pasaran.

"The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit," katanya. - AGENSI


Sunday, February 10, 2013

Banduan telan telefon bimbit

Gambar X-ray menunjukkan telefon bimbit (dalam bulatan) yang berada di dalam perut seorang banduan di Colombo. - AFP

Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam.
Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan mendengar bunyi telefon tersebut dari dalam perut banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital di sini.
Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut.
Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari.
Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri.
Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini. - AFP

Saturday, February 9, 2013

Sotong Neon boleh terbang lebih 30 meter



Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt (gambar kecil) jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam.
Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neonitu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.
Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat.
Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. - AFP

Tuesday, February 5, 2013

Amah menjadi jutawan


Bagaikan bermimpi, daripada seorang amah, nasib seorang wanita Indonesia yang mencari rezeki di Arab Saudi kini berubah menjadi jutawan.

Semuanya berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan sebanyak 110 juta Riyal (RM90 juta) peninggalan arwah suaminya yang sebelum itu merupakan majikannya.

Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Almadinah melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, Ali Ayami.

Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, amah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah.

Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi amah itu dimuatkan dalam akhbar Almadinah edisi 13 Disember lalu.

Agensi berita Indonesia, Antara yang memetik laporan akhbar berkenaan berkata, pada mulanya wanita itu menerima 20 juta Riyal (RM16.5 juta) sebaik-baik suaminya meninggal dunia.



Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun

􀀵􀁂􀁎􀁂􀁏􀀁􀁕􀁂􀁏􀁑􀁂􀀁􀁂􀁊􀁓􀀁􀁅􀁂􀁏􀀁 􀁖􀁅􀁂􀁓􀁂􀀁􀁔􀁆􀁍􀁂􀁎􀁂􀀁􀀕􀀑􀀁􀁕􀁂􀁉􀁖􀁏


Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit. - Daily Mail

Monday, February 4, 2013

Mumia berusia 4,000 tahun diimbas



Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu.
Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.
Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.
Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.
Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.
Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.
Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923.
Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. - Agensi