Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Tuesday, April 23, 2013

Budak perempuan ketagih iPad


LONDON 22 April - Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.

Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.

Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.

Menurut beliau, kanak-kanak di tenggara England yang tidak didedahkan identitinya itu, ketagih permainan tersebut sejak berumur tiga tahun.

Sehubungan itu, Dr. Graham menyarankan ibu bapa kanak-kanak itu supaya segera merawat anak mereka, kerana seandainya menunggu sehingga dia berusia 11 tahun, masalah itu akan menjadi teruk dan kanak-kanak tersebut mungkin memerlukan rawatan jangka panjang.

"Ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak-anak bermain iPad kerana mereka mudah tertarik dengan permainan video dalam gajet itu.

"Apabila kanak-kanak tadi sudah ketagih, mereka akan memberontak dan sikap mereka sukar dikawal sekiranya tidak diberi bermain gajet itu," katanya.

Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang menghabiskan masa selama 36 jam untuk bermain gajet elektronik dan membuka sehingga 20 akaun Facebook.

Satu tinjauan terkini mendedahkan, lebih daripada separuh ibu bapa di England membiarkan anak kecil mereka menggunakan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar, sementara satu daripada tujuh ibu bapa membenarkan mereka menggunakan peralatan tersebut selama empat jam sehari.

Sebanyak 50 peratus ibu bapa mengakui, membelikan anak-anak mereka peralatan digital, manakala sebanyak 81 peratus ibu bapa percaya anak mereka akan leka apabila bermain dengan permainan tersebut dan memudahkan mereka melakukan kerja-kerja lain.

Klinik Dr. Graham mengenakan bayaran sebanyak 16,000 pound (RM74,000) untuk rawatan 'program menyahtoksik peralatan digital' bagi menjauhkan kanak-kanak dengan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar. - AGENSI



Thursday, April 18, 2013

Boleh gemuk layan laman sosial


Kajian mendapati hampir empat daripada 10 orang wanita berisiko menjadi gemuk kerana tidak mengambil sarapan pagi semata-mata mahu menghabiskan masa melayari internet terutamanya laman sosial seperti Facebook dan Twitter atau memeriksa e-mel.

Tekanan hidup dalam dunia moden ini menyebabkan hanya 63 peratus golongan wanita mengambil sarapan di rumah dengan selebihnya memilih untuk melayari internet.

Sekurang-kurangnya seorang daripada tiga orang dewasa akan memeriksa e-mel pada sebelah pagi, manakala satu perempat pula lebih gemar melayari Facebook dan Twitter.

Golongan itu tidak menyedari bahawa kajian itu juga mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan akan terdedah untuk mengambil makanan yang banyak semasa makan tengah hari.

Keadaan itu menyebabkan mereka mudah menjadi gemuk kerana makanan yang diambil pada tengah hari mengandungi lebih banyak lemak dan manis.

Kajian itu juga mendapati hampir satu daripada lima orang tidak mengambil sarapan pagi selagi tidak menyiapkan kerja mereka.

Manakala terdapat juga yang mengambil sarapan semasa berada di dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kajian juga mendapati, satu daripada tujuh orang terlepas mengambil sarapan kerana mereka sibuk dengan tugasan di rumah.

Malah satu daripada dua orang mengakui tahap tenaga mereka akan menjadi lemah jika terlepas sarapan manakala 45 peratus lagi memberitahu mereka merasa lebih produktif apabila mengambil sarapan pagi.

Penyelidik telah memberi amaran bahawa seseorang yang tidak mengambil makanan dalam tempoh yang panjang akan mengidam makanan berkalori tinggi yang berlebihan. - AGENSI



Tuesday, April 9, 2013

Jerung kepala dua pertama dunia

Jerung kepala dua pertama dunia
Pengimbas MRI mendedahkan anak jerung ini memiliki sistem hati dan perut berlainan tetapi berkongsi badan serta ekor.

Jurnal Biologi Ikan melabelkan penemuan seekor anak jerung berkepala dua adalah yang pertama di dunia selepas seorang nelayan di teluk Mexico menjumpainya pada 2011.

Dipetik MailOnline, menurut saintis Universiti Negeri Michigan (MSU), Amerika Syarikat, anak jerung itu dijumpai di dalam rahim jerung dewasa susulan insiden tumpahan minyak di kawasan gerudi minyak Deepwater Horizon.

Jerung Yu adalah spesies tunggal jerung yang menyerang manusia selain ia amat popular di kalangan nelayan kerana sifat agresifnya.

Penolong profesor perikanan dan hidupan liar MSU, Michael Wagner berkata, hidupan akuatik berdarah panas itu berkemungkinan mati selepas dilahirkan.

"Kebanyakan haiwan yang dilahirkan berkepala dua tidak akan hidup lama sejurus dilahirkan dan dalam kes ini, anak jerung ditemui nelayan mati ketika ditemui," katanya sambil mengakui bangkai anak jerung itu kini disimpan di jabatan sains marin di Kolej Komuniti Florida Keys.

Monday, April 8, 2013

Cipta pakaian dalam anti rogol

Cipta pakaian dalam anti rogol
Baju anti rogol direka khas oleh tiga pelajar kejuruteraan India mampu menyalurkan 3,800 kV kuasa elektrik kepada penyerang.

Seramai  tiga pelajar kejuruteraan India mengaplikasikan kemahiran mereka dengan mencipta set pakaian dalam wanita anti rogol yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak  3,800 kilovolt (kV) terhadap si penyerang.

Dipetik Daily Mail, set pakaian dalam berkenaan akan melumpuhkan penyerang sebelum menghantar satu pesanan teks automatik kepada polis atau ahli keluarga mangsa mengenai lokasi serangan.

Wakil jurutera yang membantu membangunkan produk ini, Manisha Mohan berkata, satu set kecil pengesan tekanan diselitkan di beberapa bahagian strategik pakaian dalam wanita, serta mampu mengeluarkan kuasa kejutan elektrik secara automatik sebanyak 82 kali atau lebih sekali gus menyebabkan penyerang pengsan.

"Pakaian dalam wanita ini memiliki sistem komunikasi bergerak global dan berfungsi sebagai pengesan tekanan sebelum mengeluarkan gelombang elektrik kira-kira 3,800 kV serta pesanan kepada keluarga mangsa atau polis.

"Si pemakainya hanya perlu menghidupkan alat pengesan dan ia akan berfungsi secara automatik jika ada individu yang menyentuh bahagian berkenaan," katanya sambil menambah pakaian dalam anti rogol dilengkapi modul sistem penentu kedudukan global dan modem GSM.

Sunday, April 7, 2013

Tarantula sebesar muka manusia

Tarantula bersaiz muka manusia dan beracun.


Spesies baru tarantula bersaiz muka manusia dijumpai berhabitat dalam kawasan hutan di utara Sri Lanka.

Dipetik MailOnline, jurucakap saintis Pusat Penyelidikan dan Pengajian Biodiversiti Sri Lanka memberitahu, spesies Poecilotheria rajaei itu mampu melangkah sekurang-kurangnya 20.3 sentimeter.

Dedah penyelidik, tarantula beracun yang dijumpai di dalam sebuah kuarters usang di Mankulan ini amat berbeza dengan spesiesnya kerana jarang ditemui di dunia.

"Selepas beberapa hari menjalankan kajian terhadap tarantula ini, kami mendapati spesies ini hidup di atas pokok dan dalam hutan jarang," kata Ranil Nanayakkara.

Beliau berkata, hidupan liar ini diklasifikasikan sebagai selamat kerana begitu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi mampu pupus jika habitatnya dimusnakan oleh pembangunan semasa.  -  MailOnline

Monday, April 1, 2013

Album The Beatles dilelong AS$290,500



Sebuah salinan album The Beatles yang jarang ditemui dilelong pada harga AS$290,500 (RM898,284), lapor portal berita The Hollywood Reporter.
Album tersebut berjudul "Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band mempunyai tandatangan empat anggota kumpulan berkenaan.
Ia dibeli kelmarin oleh seorang pembeli yang identitinya tidak didedahkan.
Lelongan itu dibuat oleh firma Heritage Auctions yang berpangkalan di Dallas.
Menurut portal itu, album itu sebelum ini dijangka dilelong pada harga hanya AS$30,000 (RM92,766).
Ia dipercayai ditandatangani oleh empat anggota kumpulan itu pada kulit album tersebut pada Jun 1967.
Menurut portal itu, sebelum ini kulit album Meet the Beatles dilelong pada harga AS$150,000 (RM463,830). - AFP