Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Friday, October 29, 2010

Lelaki mulut paling lebar di dunia

KEDUA-DUA tangan Francisco Domingo Joaquim menarik mulutnya yang lebar.

ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalamGuinness World of Records.
Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.
Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.
Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.
Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar. - Agensi

Kereta James Bond dilelong lebih AS$4 juta

Jerry Lee, pemilik kereta Aston Martin DB5 keluaran 1964 yang digunakan oleh James Bond dalam filem Goldfinger danThunderball bergambar bersama kereta tersebut sebelum ia dilelong pada harga setinggi AS$4,114,760 di London, kelmarin. - AP

LONDON 28 Okt. - Seorang penggemar kereta Amerika Syarikat (AS) warga Britain membeli kereta Aston Martin yang terkenal dalam filem James Bond, lengkap dengan kerusi lenting dan nombor pendaftaran berputar pada satu jualan lelong di sini pada harga lebih AS$4 juta (RM12.4 juta).
Kereta Aston Martin DB5 berwarna perak tahun 1964 itu dipandu oleh aktor, Sean Connery ketika dia melakonkan watak perisik Britain dalam filem Goldfinger pada 1964 dan Thunderball pada (1965).
Pengumpul AS, Harry Yeaggy terbang ke Britain bagi menghadiri jualan lelong yang diadakan semalam dan menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding pesaingnya untuk membeli kereta itu pada harga AS$4.1 juta (RM12.7 juta).
Bagaimanapun, jumlah ini adalah kurang daripada anggaran awal iaitu lebih AS$5 juta (RM15.5 juta).
Yeaggy berkata, sebuah muzium di AS bakal menjadi rumah baru untuk kereta itu, namun sebelum itu dia merancang untuk 'menikmati sedikit keseronokan' dengan memandu kereta itu menyelusuri jalan-jalan di ibu negara Britain ini.
"Kami akan memanaskan enjin kereta ini dan memandunya menyusuri jalan-jalan di sekitar London malam ini. Kami akan menikmati sedikit keseronokan dengannya," katanya kepada televisyen BBC.
Pengumpul AS itu berkata, dia mengambil keputusan pada saat-saat akhir untuk terbang ke Britain bagi menghadiri jualan lelong itu dan mengaku terkejut kerana seorang warga AS muncul sebagai pembeli yang berjaya dalam jualan itu.
"Saya sangka seorang warga Eropah akan membelinya. Namun saya rasa mereka tidak menghargai Bond sebanyak mana yang kami lakukan," katanya.
Kereta yang digunakan dalam filem James Bond itu telah dijual oleh pemiliknya dari AS, pemilik stesen radio B101 Philadelphia, Pennsylvania, Jerry Lee, yang telah membelinya pada harga AS$12,000 (RM37,302) pada 1969.
Hasil jualan itu akan disalurkan kepada yayasan amalnya. - AFP

Thursday, October 28, 2010

Kostum asal Darth Vader akan dijual

SEORANG kakitangan Rumah Lelongan Christie, Caitlin Graham membetulkan topi kostum Darth Vader di London semalam.
LONDON - Kostum watak Darth Vader dalam filem sains fiksyen Star Wars akan dilelong oleh Rumah Lelongan Christie.
Sebuah topi hitam, topeng dan perisai Darth Vader dijangka dilelong di antara AS$250,000 (RM777.125) hingga AS$365,000 (RM1.13 juta) pada bulan depan.
Menurut kenyataan rumah lelongan itu, kostum tersebut dianggap telah digunakan dalam filem The EmpireStrikes Back, filem siri Star Wars kedua arahan George Lucas pada tahun 1980.
Rumah lelongan Christie bagaimanapun tidak mendedahkan identiti sebenar pemiliknya.
Kenyataan rumah lelongan itu cuma menyatakan pemiliknya ialah seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).
Lelongan tersebut akan diadakan pada 25 November depan di London. - AP

Yoga bogel model cetus kemarahan

SARA JEAN UNDERWOOD

NEW DELHI - Pengeluar majalah lucah, Playboy Enterprises mencetuskan kemarahan penganut Hindu di seluruh dunia selepas ia mengeluarkan cakera video digital (DVD) senaman yoga seorang model majalah itu dalam bogel.
Model Playboy bagi tahun 2007, Sara Jean Underwood menunjukkan pelbagai bentuk senaman yoga di atas sekeping tikar tanpa seurat benang seperti yang disiarkan dalam DVD itu.
Penganut agama Hindu mendesak agar Playboy menarik semula DVD itu.
Presiden Persatuan Hindu Sejagat, Rajan Zed menyatakan, penyalahgunaan sistem yoga oleh Playboy bagi tujuan komersial amat dikesali.
"Sara Jean Underwood hanya mahu penonton melihat aksi yoga yang dilakukannya dalam keadaan ghairah," kata Zed kepadacontactmusic.com. - Agensi

Wednesday, October 27, 2010

Ombak tsunami landa Mentawai

ORANG ramai menggunakan telefon bimbit bagi memaklumkan saudara mara pergi ke tempat lebih tinggi di Padang selepas merasai gegaran gempa bumi menyebabkan tsunami.

Beratus-ratus penduduk maut, hilang dalam bencana alam terbaru Indonesia


JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai.
Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan.Kebanyakan bangunan dan kediaman di kampung Betu Monga musnah, kata pegawai di pejabat wilayah Jabatan Perikanan, Hardimansyah.
“Daripada 200 orang penduduk kampung hanya 40 saja ditemui. Seramai 160 yang lain dilaporkan hilang, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya.
“Kami menerima laporan daripada penduduk bahawa mereka gagal menyelamatkan anak masing-masing kerana pukulan ombak terlalu kuat. Kebanyakan penduduk yang ditemui dalam tangisan mengenang kehilangan sanak saudara mereka.”
Hardimansyah berkata, 80 peratus dari rumah di kampung itu musnah dan bekalan makanan hampir kehabisan. 

Seorang pegawai badan bukan kerajaan Yayasan Citra Mandiri Mentawai, Rachmadi, berkata sejumlah kampung di di pantai barat Pulau Pagai Selatan rata dipukul ombak. 

Polis di Mentawai berkata, pihaknya bersama sukarelawan sedang mencari mereka yang hilang. Pos bantuan bencana juga sudah didirikan bagi menyalurkan bantuan.
“Kami menjangka ramai penduduk akan memerlukan makanan dan tempat berlindung. Hujan sudah mula turun lebat dan angin sangat kencang di sini,” kata Ronald, pegawai polis di daerah Sikakap.
Ketua pusat menangani krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiharto berkata ombak tsunami yang melanda kepulauan Mentawai itu adalah setinggi tiga meter.
“Kebanyakan kawasan terbabit tidak mempunyai ramai penduduk. Namun pihak kami menyediakan 200 beg mayat.”
Gempa bumi lewat kelmarin yang mencetuskan tsunami berkenaan berukuran 7.7 skala Richter dan berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai.
Gempa bumi itu berlaku di garis gelincir sama dengan gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi pada 2004 hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara.
Kepulauan Mentawai yang dapat perhatian mendadak berikutan tsunami terbaru ini sudah lama menarik pelancong sudah mula dilupai.
“Pulaunya dengan pasir putih, sangat indah tetapi sepi. Pengunjung di sana seolah-olah memiliki pulau itu,” kata pelancong yang baru kembali dari bercuti di kepulauan berkenaan.
Keindahan Kepulauan Mentawai memang dianggap luar biasa. Pasir putih menghampar, laut biru berhiaskan terumbu karang. Sementara kesenian penduduknya terutama suku Mentawai dikenali di seluruh dunia.
Pulau utama di kepulauan Mentawai ialah Pulau Siberut. Feri dari Padang boleh menghantar pengunjung ke sana dalam masa 10 jam. – Agensi/Reuters 

Tuesday, October 26, 2010

Remaja genius matematik pecah rekod kuiz televisyen

GAMBAR menunjukkan Jack Hurst (kiri) menentang Jonathan Welti pada kuiz Countdown di stesen televisyen Channel 4 di Manchester pada Jumaat lalu.

MANCHESTER - Seorang remaja genius matematik, Jack Hurst memecah rekod tertinggi program kuiz menduga akal, Countdowntyang disiarkan di sebuah televisyen Britain pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan pelajar Universiti Cambridge berusia 18 tahun dari Desford, Leicestershire itu memperoleh markah terkumpul 946 mata iaitu yang tertinggi sepanjang 28 tahun program berkenaan disiarkan oleh stesen televisyen Channel 4 selepas seminggu dia menyertainya.
"Dia telah menonton program itu selama tujuh tahun dan berlatih di laman web Countdown. Justeru, kami tahu dia akan berjaya," kata abangnya, Josh, 22.
Kuiz itu memerlukan peserta mencipta perkataan daripada huruf yang dipilih.
Hurst menewaskan saintis penyelidikan Jonathan Welti dengan memberikan jawapan potatoes, petunias and idolise.
Pada bulan depan, Hurst akan memasuki pusingan akhir kuiz itu bersama tujuh peserta lain yang memperoleh markah tertinggi sepanjang tahun ini untuk merebut hadiah utama yang merupakan satu set 29 buah kamus bersalut emas.
Rekod sebelum ini dibuat oleh pelajar ekonomi Universiti Warwick, Andrew Hulme pada Julai, 2009 dengan markah cuma 930 mata. - Agensi

Video Lady Gaga ditonton satu bilion kali

LADY GAGA

LONDON - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga mengetepikan penyanyi Justin Bieber apabila video-videonya telah ditonton sebanyak satu bilion kali di YouTube lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bagaimanapun, Lady Gaga perlu melindungi statusnya kerana penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber mengikutinya dengan rapat dengan keseluruhan videonya telah ditonton sebanyak 962,726,797 di YouTube sehingga kelmarin.
Ramai pihak yang menganggap Bieber akan mengatasi Lady Gaga dalam tempoh seminggu.
Bieber mungkin dapat mengatasi Lady Gaga kerana kandungan video penyanyi wanita itu tidak dibenarkan disiarkan di kebanyakan negara atas isu hak cipta.
Sementara itu, Bieber turut memegang rekod video muzik yang paling banyak ditonton di YouTube iaitu 366 juta menerusi lagu Baby.
Bagaimanapun, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romancememegang gelaran sebagai individu yang mempunyai ramai pengikut di Twitter.
Dia kini mempunyai hampir tujuh juta pengikut mengatasi Bieber dan penyanyi Britney Spears. - Agensi

Monday, October 25, 2010

Guna batang mancis bina 20 model kapal

DAVID REYNOLDS bersama beberapa model kapal yang dibinanya dengan menggunakan batang mancis.

SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.
Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.
"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.
Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan. - Agensi

Sunday, October 24, 2010

Friday, October 22, 2010

Cimpanzi 136kg serang kereta polis

CIMPANZI menolak tong sampah di depan kereta polis.
BANDAR RAYA KANSAS - Seekor cimpanzi betina seberat 136 kilogram (kg) yang merayau-rayau di sekitar bandar raya ini dan merempuh sebuah kereta polis berjaya dipujuk masuk semula ke dalam sebuah kurungan oleh tuannya.
Seorang pegawai polis, Kapten Rich Lockhart memberitahu akhbarThe Kansas City Star bahawa pihaknya menerima panggilan telefon pada tengah hari Selasa lalu bahawa seekor haiwan berkeliaran beberapa kilometer dari Zoo Kansas.
Menurutnya, haiwan peliharaan itu berkeliaran selepas ia berjaya memutuskan rantai kakinya.
Pegawai polis itu menyatakan, usaha untuk menembak haiwan itu dengan ubat pelali menemui kegagalan.

CIMPANZI cuba naik ke atas bonet kereta polis.


Haiwan itu memanjat bonet sebuah kenderaan polis dan menumbuk cermin penumpang sebelum ia melarikan diri.
Pemilik haiwan tersebut berjaya memujuk cimpanzi yang bernama Sueko itu ke dalam sebuah kurungan.
Pegawai polis itu menyatakan pemilik haiwan tersebut disaman kerana menyimpan cimpanzi dalam kawasan bandar raya. - AP

Thursday, October 21, 2010

Stewie kucing terpanjang di dunia

GAMBAR menunjukkan Stewie yang sepanjang 1.23 meter.

LAS VEGAS - Seekor kucing yang berusia lima tahun telah memecahkan rekod dunia Guinness sebagai kucing domestik paling panjang di dunia. Kucing tersebut yang diberi nama Stewie diukur dari hujung hidungnya ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter.
Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter.
Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu. - AP

Wednesday, October 20, 2010

Gempar klip video kuda bertanduk

GAMBAR yang dirakamkan dari satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang mempunyai tanduk di Lembah Don, Kanada.

ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.
Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.
"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.
Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.
"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu
Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai. - Agensi

Video seks Tiger Woods palsu

TAMPA - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS), Teneal Goyco mendakwa dia dibayar sebanyak AS$1,000 (RM3,108) untuk menyamar sebagai bintang golf, Tiger Woods dalam video seks yang turut dibintangi oleh seorang pelacur, Devon James, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya bersetuju dengan rancangan itu demi wang, selain dapat berasmara dengan seorang wanita cantik," kata Goyco dalam satu wawancara eksklusif dengan laman web hiburan RadarOnline.combaru-baru ini.
Menurutnya, dia diminta memakai pakaian sukan oleh Devon dan suaminya supaya kelihatan seperti Woods.
Wanita itu turut memanggilnya dengan nama Woods sepanjang rakaman adegan seks mereka sebagai cara untuk memperdayakan orang ramai.
Devon sebelum ini mendakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan Woods dan turut membuat dakwaan palsu bahawa pemain golf No.1 dunia itu adalah bapa kepada anak lelakinya, Austin T James.
Dia kini mengenakan bayaran AS$25.95 (RM80.70) untuk pembeli membuat tempahan awal satu pita video itu yang akan dihantar mulai 15 November depan.
Pada awal tahun lalu, Woods, 34, terbabit dalam skandal seks dengan beberapa wanita yang membawa kepada perceraian dengan isterinya, Elin Nodegren pada 23 Ogos lalu. - Agensi

Tuesday, October 19, 2010

Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di Facebook

CHADWIN REYNOLDS

NEW YORK - Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang 'berkawan' dengan ramai pelajar perempuan.
Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.
Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.
Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.
Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut.
Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.
Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan.
Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.
Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D'Andrilli juga didapati 'berkawan' dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.
D'Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.
Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang 'berkawan' dengannya di Facebook.
Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan. - Agensi.

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 31
2. Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21
4. Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Gred 21
5. Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 21
6. Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21
7. Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21
8. Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred 21

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.ziddu.com/download/12135888/IklanJawatanLHDNOkt2010.pdf.html

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di:http://www.jobsmalaysia.gov.my/

TARIKH TUTUP : 25 OKTOBER 2010

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Sabah mempelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:

JAWATAN:
Kumpulan Pengurusan dan Professional
1. Pegawai Perubatan UD43
2. Pegawai Veterinar G41
3. Pegawai Pertanian G41
4. Pustakawan S41
5. Pegawai Psikologi S41
6. Pegawai Belia Dan Sukan S41
7. Pegawai Kewangan W41
8. Juruaudit W41
9. Pegawai Tadbir N41
10. Jurutera J41
11. Pegawai Sains C41
12. Pegawai Pemeriksa Paten

Kumpulan Sokongan I
1. Jururawat Pergigian U29
2. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
3. Pembantu Farmasi U29
4. Pembantu Perubatan U29
5. Pembantu Teknik J29
6. Artis Budaya B27
7. Penolong Akauntan W27
8. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27
9. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
10. Penolong Pegawai Keselamatan KP27
11. Penolong Pegawai Sains C27
12. Penolong Pegawai Tadbir N27
13. Penolong Pengurus Asrama N27
14. Ahli Fotografi B21
15. Ahli Fotografi B17
16. Artis Budaya B17
17. Juruteknik J17
18. Juruteknik Komputer FT17
19. Pembantu Akauntan W17
20. Pembantu Belia Dan Sukan N17
21. Pembantu Makmal C17
22. Pembantu Penerbitan N17
23. Pembantu Perpustakaan S17
24. Pembantu Pertanian G17
25. Pembantu Setiausaha N17
26. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
27. Pembantu Tadbir Kewangan W17
28. Penerbit Rancangan B17
29. Penyelia Asrama N17
30. Serang A17

Kumpulan Sokongan II
1. Atendan Kesihatan U3
2. Pembantu Am Pejabat 

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://ejobs.ums.edu.my/v2/nac/index.php?p=senarai.jawatan

CARA MEMOHON 
Permohonan hendaklah dibuat secara online di:http://ejobs.ums.edu.my/

TARIKH TUTUP : 29 OKTOBER 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sabah

JAWATAN:
1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PEMBANTU PENYELIDIK
3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
4. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN
5. MERINYU KAPAL
6. OPERATOR WAYARLES 

IKLAN JAWATAN KOSONG & CARA MEMOHON
http://www.jawatan.sabah.gov.my/

TARIKH TUTUP : 25 OKTOBER 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak

JAWATAN:
IKLAN 1
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM 
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM 

IKLAN 2
- PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN 

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.e-recruitment.gov.my/eRecruitment3_public/VacancyView_Browse.jsp

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE di : http://www.e-recruitment.gov.my

TARIKH TUTUP : 
22 OKTOBER 2010 (IKLAN 1)
30 OKTOBER 2010 (IKLAN 2)