Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Thursday, September 30, 2010

Hos TV tersilap umum pemenang

SARAH MURDOCH (kanan) memberitahu bahawa Kelsey Martinovich (tengah) bahawa dia bukannya pemenang sebenar tetapi Amanda Ware (kiri) dalam program Australia’s Next Top Model di Sydney malam kelmarin.

SYDNEY – Para penerbit rancangan televisyen pencarian model terkenal, Australia’s Next Top Model menanggung malu selepas hos yang juga seorang supermodel, Sarah Murdoch mengumumkan nama pemenang yang salah pada malam kelmarin.
Akhbar-akhbar menyifatkan kesilapan mengumumkan pemenang itu sebagai insiden televisyen yang paling pelik pernah berlaku di Australia.
Sarah yang merupakan menantu kepada taikun media Australia, Rupert Murdoch hampir menangis apabila menyedari bahawa dia tersilap mengumumkan kemenangan Kelsey Martinovich, 19, dari Sydney sebagai pemenang siri terakhir yang disiarkan oleh Foxtel TV secara langsung.
Stesen Foxtel dimiliki oleh syarikat telefon Telstra, News Corp milik Rupert Murdoch dan firma Consolidated Media Holdings.
Martinovich sudah menyampaikan ucapannya sebelum Sarah mendapati pemenang sebenar ialah Amanda Ware dari Gold Coast yang berusia 18 tahun berdasarkan undian orang ramai.
“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan sekarang. Saya minta maaf. Inilah yang berlaku apabila anda menonton siaran secara langsung. Semua ini gila, gila, gila,” kata Sarah di hadapan 2,000 penonton.
Pengarah Publisiti Foxtel, Jamie Campbell menyalahkan komunikasi yang tidak jelas antara beberapa pengarah siri tersebut di dalam bilik kawalan penyiaran dengan Sarah yang berada di atas pentas.
Juri dan pereka fesyen, Alex Perry memberitahu radio Sydney, Sarah telah melakukan kesilapan besar sambil menafikan tuduhan media yang menyatakan kesilapan itu bertujuan untuk meraih publisiti.
Martinovich mungkin hanya memegang status juara Australia’s Next Top Model buat seketika tetapi ia bukanlah satu berita buruk.
Stesen Foxtel mengesahkan bahawa dia tetap akan menerima hadiah wang tunai sebanyak A$19,360 (RM59,982) dan lawatan ke New York sebagai hadiah sagu hati.
Ware yang diumumkan pemenang baru memenangi hadiah wang tunai A$19,360 (RM59,982), penampilan dalam majalah Harpers Bazaar, kontrak peragaan, lawatan ke New York dan sebuah kereta. – Reuters

Wednesday, September 29, 2010

Penerjun maut jatuh Menara Alor Setar

ALOR SETAR 28 Sept. - Seorang wanita warga Australia maut setelah payung terjunnya gagal berfungsi sewaktu menjalani latihan terjunan bebas di Menara Alor Setar, setinggi 165.5 meter di sini hari ini.
Dalam insiden pukul 4.15 petang itu, mangsa, Tantikey Lie Marion, 42, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.
Menurut saksi, Zaidi Zainol Abidin, 41, mangsa adalah penerjun keempat terjun dari puncak menara itu.
"Saya lihat payung terjun wanita tersebut gagal berkembang dan dia terus jatuh terhempas.
"Saya berada kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan saya terkejut kerana tidak menyangka tragedi itu akan berlaku," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, wanita tersebut serta tiga lagi rakannya membuat latihan terjunan bebas di Menara Alor Setar sebagai persediaan menyertai acara terjunan bebas di Menara Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Zaidi berkata, sebelum wanita berkenaan terjatuh, tiga lagi rakannya telah terlebih dahulu membuat terjunan namun mereka berjaya mendarat dengan selamat.
"Penerjun pertama tersasar sedikit dan payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu di kawasan padang berhampiran menara ini.
"Selepas itu, dua lagi penerjun membuat terjunan lalu diikuti dengan wanita tadi namun nasibnya tidak baik kerana payung terjunnya tidak kembang," ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud mengesahkan berlaku kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Tuesday, September 28, 2010

Jual klip video lucah remaja

MOHD. NAIM (dua dari kiri) bersama tiga kakitangannya menunjukkan muat turut klip video lucah yang dirampas di Butterworth semalam.

BUTTERWORTH - Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.
Taktik terbaru paling berkesan itu menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja.
Pelanggan hanya perlu pergi ke kedai menjual telefon bimbit tertentu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan dan memuat turunkan klip video yang menjadi pilihan ke dalam kad memori.
Jika ingin menambah koleksi klip video lucah yang lain, pelanggan boleh berbuat demikian di kedai berkenaan sebanyak mana yang dimahukan pada harga yang sama.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Cawangan Unit Penguat Kuasa, Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri cawangan Pulau Pinang, Mohd. Naim Hashim.
Menurut Mohd. Naim, kegiatan tidak bermoral itu dikesan setelah pihaknya membuat risikan hasil aduan orang awam diikuti serbuan terhadap empat premis menjual telefon bimbit di tiga lokasi berasingan di negeri ini Ogos lalu.

Monday, September 27, 2010

Polis temui tulang lagi

KUALA LANGAT 26 Sept. - Polis dipercayai menemui petunjuk baru dalam kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, April lalu, apabila menemui sejumlah tulang manusia di ladang milik suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu, di Ladang Gadong di sini hari ini.
Petunjuk baru itu diperoleh di dua lokasi mayat didakwa ditanam selepas kerja-kerja menggali menggunakan sebuah jentolak dijalankan selama lapan jam dengan dibantu jentera Bomba dan Penyelamat.
Sumber berkata, polis menemui tulang-tulang berkenaan di kedua-dua lokasi terbabit.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada polis turut menjumpai barang milik mangsa.
Sebelum ini isteri Mohd. Shafik Abdullah, 37, Samson Nahar Dali, 35, dimaklumkan oleh polis bahawa 95 peratus kemungkinan suaminya telah dibunuh.
Ia adalah berikutan pengesahan salah seorang suspek yang mengaku melakukan jenayah itu selain polis juga menemui seutas jam tangan berjenama Polo milik mangsa tersebut.
Semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat didakwa ditanam di kawasan Ladang Gadong, iaitu lokasi ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dikenal pasti polis.
Dua mayat individu terbabit termasuk salah seorang daripadanya dipercayai Mohd. Shafik yang dilaporkan hilang sejak April lalu.
Kedua-dua mayat itu dipercayai ada kaitan dengan suspek utama yang merupakan seorang peguam bergelar Datuk.
Salah satu daripada lokasi itu dikenal pasti berhampiran kuarters pekerja di belakang kawasan ladang manakala satu lagi dipercayai ditemui beberapa meter di luar ladang tersebut.

Saturday, September 25, 2010

Nasib malang penjamin hutang

WAN HANAPI menunjukkan dokumen bank sebagai penjamin dan foto rakan sekerjanya yang didakwa menyebabkan dia diisytiharkan muflis di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Niat baik seorang pekerja syarikat keselamatan menjadi penjamin kepada seorang rakan sekerja yang mahu membeli sebuah kereta Proton Iswara berharga RM26,000 kira-kira 13 tahun lalu mengundang padah apabila dia kini diisytihar muflis oleh pihak bank. Lebih teruk, wang hasil jualan rumah pusaka milik keluarganya di Setapak yang sepatutnya dibahagi sama rata dengan tujuh adik-beradik baru-baru ini turut dirampas pihak bank bagi melunaskan hutang itu yang meningkat sehingga RM70,000 selepas beberapa tahun tertunggak
.Pengawal keselamatan terbabit, Wan Hanapi Wan Salleh, 57, berkata, dia berasa terkilan kerana pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih bekerja bagi melunaskan hutang tersebut, sebaliknya merampas wang hasil jualan rumah pusaka keluarganya.
"Saya juga mengalami masalah untuk pulang ke kampung keluarga isteri saya di Indonesia kerana dilarang keluar negara selepas diisytihar bankrap," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Wan Hanapi berkata, lebih membingungkan, dia telah memaklumkan kepada pihak bank tentang lokasi dan pekerjaan rakannya di Jerteh, Terengganu tetapi pihak bank tetap mengambil tindakan terhadapnya.
Dia yang merupakan seorang pesara tentera percaya pihak bank bertindak demikian kerana mahu mengambil jalan mudah memperoleh semula hutang kereta tersebut meskipun pembeli sebenar kereta berkenaan masih bekerja.
Jelasnya, lebih membebankan, meskipun hutang RM70,000 itu sudah dijelaskan tetapi dia masih perlu membayar RM4,000 jika mahu dilepaskan daripada pengisytiharan bankrap.

Friday, September 24, 2010

Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya: Polis menyelam di lokasi kelima cari bahan bukti

Unit Skuba dari Pasukan Gerakan Marin

BANTING – Kunci air Pekan Banting dekat sini, semalam menjadi lokasi kelima pencarian bahan bukti berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya termasuk beberapa kes kehilangan individu lain dipercayai membabitkan suspek utama. 
Lokasi baru yang bersebelahan dengan tapak Uptown Banting itu hanya terletak hampir 500 meter dari lokasi polis menemui objek seakan-akan gelang emas di kunci air Kampung Sungai Lang, Selasa lalu. 
Suspek utama berusia 41 tahun yang memakai pakaian lokap berwarna biru dibawa polis ke lokasi, kira-kira jam 10 pagi. 
Unit Skuba dari Pasukan Gerakan Marin yang terdiri daripada lima anggota seterusnya melakukan kerja mencari dipercayai telefon bimbit termasuk bukti lain milik mangsa. 
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati air di saliran itu keruh dan berwarna kuning berikutan hujan lebat sebelum itu. 
Suspek yang dikawal ketat polis kemudiannya dilihat menunjukkan lokasi itu dan seterusnya diarahkan masuk ke dalam kenderaan polis. 
Media daripada pelbagai agensi hanya dibenarkan berada sekitar 100 meter daripada lokasi kejadian. 
Jalan utama sekitar kunci air ditutup kepada kenderaan awam sepanjang tempoh polis melakukan kerja pencarian. 
Bagaimanapun, selepas dua jam, Unit Skuba tidak menemui sebarang objek untuk dijadikan bahan bukti. 
Kelmarin, suspek berusia 41 tahun itu turut dibawa polis ke lokasi sama dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu. 
Sosilawati, jutawan kosmetik yang mengasaskan produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. 
Sebelum ini, polis menemui jam tangan, tulang, pisau dan zink di tiga sungai antaranya Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Gelanggang Buaya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Dua guru ditahan anjur pesta seks

Audrey Grabarkiewicz

BOILING SPRINGS, Carolina Utara -Dua guru berumur 40-an di Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan hukuman penjara sepuluh tahun selepas mereka menganjurkan pesta seks, dadah dan ganja pada musim panas untuk remaja, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara remaja yang menyertai pesta seks di rumah didiami dua guru itu, Sarah Lindsay, 42, dan Audrey Grabarkiewicz, 44, berumur 11 tahun.
Kedua-dua guru itu ditahan di sebuah penjara di sini selepas ibu bapa mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa pada Julai lalu. Menurut para penyiasat, Grabarkiewicz turut mempunyai hubungan seks dengan beberapa remaja pada parti itu. Lindsay yang merupakan guru Sekolah Rendah Boiling Springs didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang remaja berumur di bawah 14 tahun. - Agensi

Thursday, September 23, 2010

Kini dikenali Sultan Muhammad V

KOTA BHARU 22 Sept. – Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra (gambar) yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru 13 September lalu, kini dikenali sebagai Sultan Muhammad V.
Pengelola Istana Diraja negeri, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran rasmi tersebut berkuat kuasa selepas baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan.
“Al-Sultan Kelantan memperkenan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi baginda untuk sebarang majlis.
“Ia juga gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, Sultan Kelantan berkenan menggunakan nama itu atas kehendak baginda sendiri bagi mendapat keberkatan memandangkan nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.
Tuanku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Ismail Petra yang sedang gering.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.
Katanya, gelaran Sultan Muhammad II pula digunakan oleh baginda Long Senik Long Tan (Sultan Muhammad Mulut Merah) yang memerintah antara 1836 hingga 1886.
Tambah beliau, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad pula menggunakan gelaran Sultan Muhammad III dan memerintah pada 1890 hingga 1891.
“Gelaran Sultan Muhammad IV telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 hingga 1920,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan pihak istana akan memaklumkan kepada semua jabatan kerajaan negeri mengenai penggunaan nama berkenaan yang telah diwartakan untuk kegunaan rasmi.

Wednesday, September 22, 2010

Suspek utama kes bunuh Sosilawati dibawa semula ke firma guamannya

BANTING - Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu dibawa oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) pada pukul 2.25 petang dan 35 minit selepas itu, dua wanita dipercayai kakitangan peguam terbabit dilihat keluar dari pejabat berkenaan dengan memegang beberapa dokumen.

Pada pukul 3.05 petang, suspek dibawa keluar dari pejabatnya dan terus dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Turut kelihatan seorang pegawai polis membawa keluar beberapa fail mengandungi dokumen dipercayai berkaitan dengan kes terbabit.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke
Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 14 Sept lepas, polis menggeledah pejabat suspek dan mengambil beberapa peralatan seperti CPU serta beberapa dokumen lain.-Bernama

Tuesday, September 21, 2010

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:

JAWATAN:
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. JURUAUDIT W41
4. PEMBANTU MAKMAL C17
5. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
6. PELUKIS PELAN J17
7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
8. PEMBANTU MUZIUM S17
9. PEMBANTU AKAUNTAN W17
10. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
11. PEKERJA AWAM R1
12. TUKANG K3 R9 

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.kraftangan.gov.my/resources/berita/iklan.pdf

CARA MEMOHON
Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my

TARIKH TUTUP : 2 OKTOBER 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:

JAWATAN:
1.JURUAUDIT (GRED W 41)
2.PEGAWAI TADBIR (GRED N 41) 

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.llmnet.gov.my/images/images_fix/IKLAN%20JAWATAN.pdf

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://e-jawatan.llmnet.gov.my/index.html

TARIKH TUTUP : 27 SEPTEMBER 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Johor

Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Pasir Gudang:

JAWATAN:
1.AKAUNTAN (TETAP)
2.PEGAWAI TADBIR (TETAP)
3.PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (TETAP)
4.ARKITEK (TETAP)
5.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (TETAP)
6.PENOLONG JURUTERA (TETAP)
7.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (TETAP)
8.JURUTEKNIK (TETAP)
9.JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA (TETAP)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mppg.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan
atau
http://www.mppg.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=d5c2054b-f549-4a16-8340-473136e64c42&groupId=20884

BORANG PERMOHONAN
http://www.mppg.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=8816061b-d629-4553-9808-68e0e7d33379&groupId=20884

Borang Permohonan hendaklah dihantar kepada:

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

http://www.mppg.gov.my

TARIKH TUTUP : 2 OKTOBER 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak

JAWATAN:
1. PEKERJA AWAM (10 Kekosongan)
2. JURUTEKNIK (UKUR) (12 Kekosongan)
3. PENOLONG PEGAWAI TANAH (5 Kekosongan)
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA (2 Kekosongan)
5. PEGAWAI TADBIR (TANAH) (3 Kekosongan)
6. JURUUKUR (1 Kekosongan)
7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (11 Kekosongan)
8. PEGAWAI PENILAIAN (6 Kekosongan)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.e-recruitment.gov.my/eRecruitment3_public/VacancyView_Browse.jsp

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE di : http://www.e-recruitment.gov.my

TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2010

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLG) Perak

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN:
1. PEMBANTU UNDANG-UNDANG L29 (KONTRAK) - 1 KEKOSONGAN
2. PEKERJA AWAM R1 (TETAP) - 2 KEKOSONGAN
3. PEKERJA AWAM R1 (SAMBILAN) - 2 KEKOSONGAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mdlg.gov.my/home

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdlg.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f30e8df0-5f49-4a17-9fb9-1708860490f2&groupId=13548

Borang Permohonan hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

http://www.mdlg.gov.my

TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada yang menetap di negeri Terengganu Darul Iman.

JAWATAN:
- PEMANDU KENDERAAN (TETAP) - 1 Kekosongan

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.ketengah.gov.my/web/guest/jawatankosong
atau
http://www.ketengah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ffb4136d-a0ba-425e-86b3-b148461cba02&groupId=19134

BORANG PERMOHONAN
http://www.ketengah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=6e202530-1919-4063-a20e-120650e029b0&groupId=19134

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU

http://www.ketengah.gov.my

TARIKH TUTUP : 26 SEPTEMBER 2010

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENERBIT RANCANGAN (BA21A)
2. PENOLONG PEGAWAI SENIREKA (BA27)
3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (BA41)
4. PEMBANTU MAKMAL (CA17)
5. PENOLONG PEGAWAI SAINS (CA27)
6. PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA29)
7. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA41)
8. JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
9. PELUKIS PELAN (JA17)
10. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA21)
11. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA29)
12. PENOLONG JURUTERA (J29)
13. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (J29)
14. ARKITEK (JA41)
15. JURUUKUR BAHAN (JA41)
16. JURUTERA KIMIA (JA41)
17. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
18. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP27)
19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17)
20. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (NA27)
21. SETIAUSAHA PEJABAT (NA27)
22. PEGAWAI PENERBITAN (NA41)
23. PEKERJA RENDAH AWAM (RA01)
24. PEMANDU KENDERAAN (RA03)
25. PEMASANG JENTERA GRED III (RA11)
26. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)
27. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (SA27)
28. PENOLONG PUSTAKAWAN (SA41)
29. PEGAWAI AGAMA (SA41)
30. PEGAWAI RUNDINGCARA (SA41)
31. ATTENDAN KESIHATAN (UA03)
32. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN (UA17)
33. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA17)
34. PEGAWAI KERJA AKAUN (WA27)

IKLAN JAWATAN KOSONG
https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displaySenaraiIklan

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di :https://hrfin.utm.my/ atau https://hrfin.utm.my/smuhr/

TARIKH TUTUP : 27 SEPTEMBER 2010