Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Wednesday, June 6, 2012

Lady Gaga menangis isu konsert di Jakarta


BEBERAPA peminat menari di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada 27 Mei lalu.

JAKARTA - Penyanyi pop dari Amerika Syarikat, Lady Gaga menyatakan dia menangis apabila melihat rakaman video peminatnya yang menari secara spontan di Indonesia pada 27 Mei lalu, lapor akhbarJakarta Post semalam.
Reaksi itu dinyatakan Lady Gaga, 26, menerusi laman Twitternya kelmarin.
"Ia membuatkan saya menangis. Saya amat menyayangi kamu.
"Kamu merupakan peminat terbaik di dunia," katanya di Twitter merujuk kepada video yang dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube.
Sejumlah peminat yang dikenali sebagai Little Monsters menari secara spontan di sebuah pusat beli-belah di sini bagi menuntut supaya polis membenarkan konsert Lady Gaga.
Video tersebut dimuat naik ke YouTube pada 2 Jun lalu oleh seorang pengguna dikenali sebagaiprojectlilmod.
Namun, polis Indonesia tidak mengeluarkan permit untuk konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun lepas selepas beberapa kumpulan Islam menganggap persembahan Lady Gaga tidak sesuai dengan budaya Indonesia. - Agensi

Berbogel untuk kumpul wang ke Sukan Paralimpik




TOKYO - Seorang pelari wanita, Maya Nakanishi (gambar), 27, sanggup berbogel bagi tujuan untuk mengumpulkan wang bagi membiayai kos penyertaannya ke Sukan Paralimpik di London.
Gambar-gambar bogel itu kemudian disiarkan dalam kalendar yang dijual kepada orang ramai.
Hasil jualan itu akan turut digunakan bagi membantunya untuk turut memperoleh kaki palsu yang baharu. - Agensi

Tuesday, June 5, 2012

Saintis cipta gogal perdaya minda


HIROSE (kanan) duduk di sebelah seorang penyelidik yang melihat biskut kecil yang dipegangnya kelihatan besar menerusi gogal yang dipakainya di sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu.

TOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi