Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Tuesday, November 12, 2013

80 tonton rancangan TV Korea Selatan dihukum mati


Seoul: Korea Utara secara terbuka menghukum mati 80 penduduknya awal bulan ini, kebanyakannya kerana menonton rancangan televisyen Korea Selatan yang diseludup, lapor akhbar Korea Selatan semalam. 

Akhbar JoongAng Ilbo merujuk sumber tunggal yang tidak dikenali, tetapi sekurang-kurangnya satu kumpulan Korea Utara yang berpaling tadah berkata ia mendengar khabar angin yang boleh dipercayai. 

Sumber, yang dikatakan biasa dengan unit hal ehwal dalaman Korea Utara dan baru-baru ini kembali daripada negara itu, berkata hukuman dijalankan di tujuh bandar raya pada 3 November lalu. 

“Di Wonsan, yang terletak di timur, pihak berkuasa mengumpulkan 10,000 orang di sebuah stadium untuk menyaksikan hukuman tembak sampai mati ke atas lapan orang,” kata sumber memetik saksi sebagai berkata. 

Kebanyakannya dituduh menonton drama televisyen Korea Selatan yang diseludup, dan sebahagiannya terbabit dengan pelacuran. 

Beberapa bandar raya, termasuk Wonsan dan Pyongsong di barat, dianggap sebagai zon ekonomi khas yang bertujuan menarik pelaburan asing untuk menaikkan ekonomi republik itu. 

Laman web berita beribu pejabat di Seoul, Daily NK, dikendalikan penduduk Korea Utara yang berpaling tadah dan mempunyai rangkaian sumber luas, berkata ia tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu. 

Namun satu lagi laman web yang juga dikendalikan penduduk yang berpaling tadah, North Korea Intellectual Solidarity, berkata sumber melaporkan beberapa bulan lalu mengenai rancangan melaksanakan hukuman secara terbuka. 

“Rejim memang takut dengan kemungkinan perubahan pemikiran penduduk dan cuba menakutkan mereka,” menurut laman web rasmi. 

Menonton filem atau televisyen luar - terutama dari Korea Selatan - adalah kesalahan serius di Korea Utara. 

Bagaimanapun, usaha untuk mengawal pengedaran dihalang teknologi, dengan peningkatan bilangan diseludup menerusi cakera digital dan pemain mp3. 

Selain drama bersiri Korea Selatan, rancangan Amerika Syarikat seperti Desperate Housewives juga dipercayai mempunyai peminat tersendiri. 
AFP