Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Tuesday, October 5, 2010

Jesyntha Clarene dicari bantu kes Sosilawati

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Polis mencari seorang wanita berketurunan India bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.
Saksi yang dicari ialah Jesyntha Clarene Isreal 27 tahun, pemegang kad pengenalan bernombor 830630-10-6030 dengan alamat terakhir di Lot 55, Batu 1/2, Jalan Jugra, Banting, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang saksi berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera.
"Setakat ini, kita tidak dapat beritahu lebih lanjut kenapa saksi itu diperlukan, tapi kita percaya dia dapat membantu kita dalam siasatan kes pembunuhan Sosilawati.
"Polis berharap orang ramai segera menghubungi Deputi Supritendan Khoo Leng Huat di talian 010-4203791 sekiranya mempunyai maklumat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Gambar Jesyntha Clarene dan butiran mengenai pencariannya boleh didapati di laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan jual beli tanah.
Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu.

No comments:

Post a Comment