Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Wednesday, October 5, 2011

Jackson tidak mati di hospital


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Doktor di bilik kecemasan kelmarin, Richelle Cooper mendedahkan anak-anak penyanyi pop terkenal, Michael Jackson menangis dan 'histeria' selepas diberitahu mengenai kematian ayah mereka.
Perbicaraan membunuh tanpa sengaja membabitkan doktor peribadi Jackson, Conrad Murray memasuki minggu kedua di Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Cooper berkata, dia percaya, usaha menyelamatkan nyawa penyanyi tersebut sia-sia ketika dia tiba di hospital.
"Pada penilaian saya ketika Jackson tiba, dia secara klinikal, telah meninggal dunia... kira-kira sejam sejak pertama kali dia dilaporkan tidak lagi bernafas. Usaha untuk menyedarkannya semula akan menjadi sia-sia " katanya.
Cooper mengumunkan kematian Raja Pop berusia 50 tahun itu pada pukul 2.26 petang pada 25 jun 2009 selepas di bawa ke Pusat Perubatan Ronald Reagan UCLA dengan ditemani doktor peribadinya itu.
"Selepas itu, saya menemui dua anak Jackson dan mereka menangis, mereka betul-betul histeria sambil ditenangkan oleh seseorang yang dirujuk sebagai jururawat mereka," kata Cooper kepada Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Jackson meninggal dunia selepas mengalami kegagalan jantung di rumah sewanya di sini, dipercayai akibat pengambilan ubat pelali propofol secara berlebihan.
Murray ditahan beberapa minggu kemudian kerana disyaki cuai dalam memberikan ubat pelali propofol sehingga menyebabkan kematiannya.
Murray, 58, sebelum ini mendakwa bahawa Jackson sendiri yang mengambil dos propofol secara berlebihan. Doktor peribadi itu boleh dipenjara hingga empat tahun jika pihak juri mendapati dia bersalah dalam kes tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment