Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Friday, October 7, 2011

Hasilkan baju dengan gentian susu

ENAM liter susu diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju.

HANOVER, Jerman - Seorang pereka fesyen yang juga merupakan pakar mikrobiologi, Anke Domaske mengejutkan dunia fesyen apabila berjaya mencipta baju daripada gentian susu. Domaske, 28, menemui cara menggabungkan susu tepung dengan bahan lain untuk menghasilkan sejenis fabrik istimewa. Rekaan pakaiannya diberi nama Qmilch.
"Fabrik susu ini mengandungi protein yang berperanan memastikan kulit anda berada dalam keadaan sihat. Pakaian bio merupakan satu trend baharu yang akan bermula dalam industri fesyen dan kami kini berada di hadapan," kata Domaske yang membangunkan gentian susu tersebut dalam tempoh hanya dua tahun.
Dia juga percaya teknik yang dibangunkan dengan kerjasama Institut Fiber Bremen itu boleh diaplikasikan ke dalam industri lain termasuklah ubat-ubatan.
Sebelum ini, beberapa buah syarikat Eropah seperti H&M dan C&A telah menghasilkan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas organik. Tetapi kebanyakan material organik adalah mahal untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa.
Gentian susu tersebut mengandungi 18 asid amino yang memberi faedah kepada kesihatan. Untuk menghasilkan sehelai baju, Domaske memerlukan sehingga enam liter susu. - Agensi

No comments:

Post a Comment