Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Sunday, January 27, 2013

Rumah terkecil dilelong



Sebuah rumah terkecil di Brussels akan dilelong pada 6 Februari ini dengan harga permulaan 146,200 euro (RM596,658).

Rumah lima tingkat berusia berabad-abad itu yang juga bekas kedai perabot mempunyai lebar 2.75 meter manakala tingkat bawahnya pula hanya selebar 1.75 meter.

"Rumah kecil ini terdapat banyak keistimewaannya dan ramai pelancong yang mahu melihatnya," kata Claude Rotsart de Hertaing, seorang pesara yang bertanggungjawab membawa bakal pembeli melihat rumah terbabit.

Rumah itu terletak berhampiran Dataran Grand Place di tengah Brussels dengan tulisan 'La plus petite maison de Bruxelles' (Rumah terkecil di Brussels) tertera di atas pintu masuk kediaman terbabit.

Setiap tingkat di rumah itu mempunyai luas kira-kira 16 meter persegi, kecuali bahagian bawahnya yang lebih kecil.

Satu daripada lima tingkat itu juga terdapat tempat menyalakan unggun api, tetapi lutut anda mungkin terbakar jika duduk di atas kerusi sambil berdepan dengannya.

Namun rumah itu sebenarnya masih jauh lebih besar dari rumah terkecil di Eropah yang terdapat di Bratislava, Slovakia yang hanya mempunyai kelebaran 1.3 meter dan menjadi tarikan pelancong. - REUTERS



No comments:

Post a Comment