Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Sunday, January 27, 2013

Filem jOBS di layar perak

Ashton Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dalam filem
bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.


Filem pertama mengenai pengasas bersama syarikat teknologi Apple, Steve Jobs ditayangkan kelmarin selepas hanya 15 bulan mendiang meninggal dunia.
Filem bertajuk jOBS dilakonkan oleh pelakon terkenal, Ashton Kutcher itu ditayangkan di Festival Filem Sundance dan bakal menemui peminat di panggung wayang mulai April depan.
jOBS mengisahkan mengenai kehidupan bekas pengerusi Apple itu selama 30 tahun yang berjaya merevolusikan cara orang ramai mendengar muzik dan membina Apple sebagai sebuah jenama terkemuka dunia.
Jobs meninggal dunia akibat kanser pankreas pada 2011 ketika berusia 56 tahun.
Kutcher, 34, menyatakan dia berbesar hati kerana diberi peluang memainkan watak Jobs. Tetapi pada masa yang sama berasa sangat bimbang kerana status ikonik yang dimiliki Jobs.
"Melakonkan watak seorang lelaki yang begitu diingati dan dikenali memang menakutkan kerana semua orang boleh memberikan kritikan," kata Kutcher.
Beberapa jam sebelum tayangan, pengasas bersama Apple, Steve Wozniak menyatakan filem tersebut gagal menampilkan personaliti dam visi awal mereka dengan tepat.
Wozniak memberi komen tersebut selepas menonton satu klip pendek yang disiarkan di laman web pada Khamis. Namun, Wozniak berharap filem itu akan mendapat sambutan hangat dan menghiburkan. - Reuters


No comments:

Post a Comment