![]() |
Beberapa orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria.
Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP
|
Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Berita tempatan, Hiburan, Lawak Jenaka & Apa2 Jer Berita.
Nuffnang Signboard - Jom Klik
.
Jom Support Saya
Jom Support Saya
JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010
- Cara Muat Turun Nota Exam PTD Format Terkini Peperiksaan Tahun 2025
- Cara Mohon dan Tebus Baucar Subsidi FLYsiswa Tahun 2025
- Cara Mohon Pengurangan Pinjaman MARA
- Cara Permohonan Program Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA Ke Universiti Terbaik Dunia (WTU) 2025
- Cara Mohon Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2024
Post Terkini
Friday, November 30, 2012
'Universiti ketawa' akan dibina di India
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wahaaaahaa..nice..
ReplyDeletevesit here ---> http://iss-life.blogspot.com/
a lot information..
n yor blog quite heavy,,check by --> http://iss-life.blogspot.com/2012/04/k-pop-group.html