Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Tuesday, August 9, 2011

Selena, Bieber menang Anugerah Pilihan Remaja


LOS ANGELES - Penyanyi Selena Gomez kelmarin memenangi lima anugerah dalam Anugerah Pilihan Remaja berbanding bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Selena, 19, menang anugerah aktres pilihan televisyen menerusi drama Wizards of Waverly Place dan kumpulan muzik pilihan bersama dengan bandnya, Selena Gomez and The Scene.
Lagunya, Who Says juga menang anugerah muzik pilihan remaja.
Dia turut membolot anugerah pilihan lagu cinta berjudul Love You Like a Love Song. Selena juga memenangi anugerah remaja wanita paling hangat.
Bekas kekasih Selena, Bieber yang berusia 17 tahun menggondol empat anugerah iaitu artis lelaki pilihan, jejaka terhangat, kategori penjahat menerusi drama CSI dan pilihan Twitter.
Turut memenangi anugerah ialah filem Harry Potter and the Deathly Hallows dalam kategori filem musim panas. Pelakon Johnny Depp menang anugerah aktor bagi kategori filem pilihan menerusi filem The Tourist.
Aktres Angelina Jolie menang anugerah pelakon wanita pilihan bagi kategori filem menerusi lakonannya dalam filem The Tourist.- Agensi

No comments:

Post a Comment