Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Tuesday, August 2, 2011

Konsert U2 cipta rekod kaut RM2.16 bilion

BONO membuat persembahan bersama kumpulan U2 dalam konsert jelajahterakhir mereka di Moncton, Kanada pada Sabtu lalu.
MONCTON, Kanada - Kumpulan U2 yang dianggotai penyanyi terkenal, Bono mencipta sejarah apabila konsert jelajah 360° kumpulan itu mengaut perolehan pendapatan sebanyak AS$736.1 juta (RM2.16 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Konsert itu bermula di Barcelona pada tahun 2009 dan bergerak ke 30 buah negara merentasi lima benua.
Kumpulan rock tersebut dari Ireland itu menamatkan persembahan pada di sini pada Sabtu lalu.
"Sesi jelajah ini merupakan satu kejayaan cemerlang dan semua peringkat yang terlibat perlu berasa bangga. "Kumpulan U2 sekali lagi mencapai kejayaan yang tinggi," kata Pengerusi Touring Global Nation Live, Arthur Fogel.
Berdasarkan kejayaan luar biasa itu, kumpulan U2 berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh kumpulan Rolling Stone pada awal tahun ini dengan perolehan sebanyak AS$558 juta (RM1.64 bilion) dalam konsert jelajahnya.
Kumpulan U2 ditubuhkan pada 1976 dan konsert tersebut diadakan bagi mempromosikan album ke-12 mereka berjudul No Line On The Horizon. - Agensi

No comments:

Post a Comment