Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Monday, July 4, 2011

Hari Lady Gaga di bandar Taiwan

LADY GAGA disambut pada satu majlis 
meraikan kedatangannya di bandar Taichung, Taiwan semalam.

TAIPEI - Bandar Taichung di Taiwan mengisytiharkan semalam sebagai Hari Lady Gaga kerana penyanyi berimej pelik itu merupakan diva pop yang pertama mengadakan lawatan ke bandar itu sekali gus mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat dan media tempatan.
Tampil dengan memakai rambut palsu berwarna hitam dan putih, seluar dan baju berwarna merah berserta baju tanpa lengan bercorak harimau belang, Lady Gaga diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Taichung, Jason Hu pada majlis yang dihadiri oleh ratusan penyokong penuh semangat.
"Sebagai sebahagian dari Taichung, hari ini saya mengisytiharkan Hari Lady Gaga yang ditujukan kepada seluruh peminatnya," jelas Hu.
Ratusan peminat Lady Gaga berada di tepi jalan dengan memakai kostum dan rambut palsu ala penyanyi itu.
Salah seorang peminat lelaki memakai kostum kepala babi bagi memberi penghormatan ke atas pakaian penyanyi itu yang sebelum ini diperbuat daripada daging mentah, lapor stesen televisyen TVBS.
Lady Gaga yang berusia 25 tahun merupakan salah seornag penyanyi yang paling popular di Taiwan.
Kehadirannya di Taiwan mendapat liputan di muka hadapan kebanyakan akhbar utama.
Dia turut membuat persembahan malam semalam sebagai sebahagian daripada promosi album terbaharunya, Born This Way. - AFP

No comments:

Post a Comment