Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Wednesday, June 1, 2011

Doktor tersilap cabut gigi sihat

SINGAPURA: Seorang doktor gigi didenda S$3,000 (RM7,337.48) dan diberi amaran kerana tersilap mencabut dua batang gigi sihat seorang pesakit di Pusat Pergigian Nasional (NDC). 

Dr Debbie Hong Pooi Mun, pakar bedah gigi NDC, mengaku bersalah selepas didakwa Jawatankuasa Disiplin Majlis Pergigian Singapura (SDC).
Dalam kes itu, Dr Hong tersilap mencabut dua gigi pesakit berkenaan pada Mei 2007– satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah.

Menurut kenyataan SDC semalam, Jawatankuasa Disiplin berpendapat kesilapan mencabut gigi adalah perkara serius. Kesilapan itu boleh dielakkan jika Dr Hong lebih teliti ketika menjalankan tugasnya. 

Hukuman yang dikenakan ke atas Dr Hong dibuat setelah mengambil kira faktor lain dan kesediaannya mengaku bersalah. 

Selain didenda S$3,000 dan diberi amaran, Dr Hong juga diperintahkan membayar kos proses disiplin. 

Sementara itu, NDC semalam turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. 

Selain daripada memohon maaf, NDC juga memberikan rawatan pembetulan lanjut kepada pesakit berkenaan dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh pusat terbabit. 

Menurut siasatan yang dijalankan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan identiti pesakit dengan borang rawatan dilampirkan dengan resit nombor pesakit yang salah. – Agensi 

No comments:

Post a Comment