Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Thursday, January 6, 2011

Tuna biru gergasi dijual RM1.22 juta

TOKYO: Seekor tuna biru gergasi mencacat jualan rekod bernilai 32.49 juta yen atau hampir AS$396,000 (RM1.22 juta) dalam lelongan pertama tahun ini di pasar borong ikan terbesar dunia di sini, semalam. 

Harga bagi ikan tuna seberat 342 kilogram itu mengalahkan rekod sebelumnya dicatat pada 2001 apabila ikan seberat 202 kilogram dijual dengan harga 20.2 juta yen (RM754,653), kata jurucakap pasar Tsukiji.

“Ia adalah seekor ikan yang amat besar,” kata pegawai Yutaka Hasegawa. “Namun kami semua amat terkejut dengan harganya.”

Ikan tuna gergasi itu dibeli dan dikongsi oleh pasangan sama yang memenangi bidaan untuk ikan paling berat tahun lalu, pemilik Kyubey, sebuah restoran sushi terkenal di daerah Ginza di sini dan Itamae Sushi, sebuah rangkaian restoran sushi kasual berpusat di Hong Kong. 

Media mengerumuni usahawan Hong Kong, Ricky Cheng selepas kemenangannya yang menggambarkan populariti semakin bertambah peminat sushi di seluruh dunia terutama di Asia. 

“Saya amat gementar apabila tiba di Tokyo semalam, namun saya kini lega,” katanya selepas lelongan yang bermula sejurus selepas jam lima pagi. 

Tuna biru gergasi itu, yang ditangkap di luar pantai utara Jepun adalah antara 538 ekor yang dipunggah dari seluruh dunia untuk lelongan semalam. 
Harga rekod itu memberi gambaran bahawa ia mencatat harga 95,000 yen (RM3,549) sekilogram. 

Jepun adalah pengguna terbesar makanan laut dunia dengan penduduknya memakan 80 peratus daripada ikan tuna biru Atlantik dan Pasifik yang ditangkap. Dua spesies tuna itu adalah yang paling digemari di kalangan penggemar sushi. – AP 

No comments:

Post a Comment