Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Tuesday, January 11, 2011

Shah Rukh didakwa elak cukai

SHAH RUKH KHAN (berbaju hitam) membuat persembahan di Durban, Afrika Selatan kelmarin.

DUBAI - Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan, 46, bakal berdepan siasatan cukai di India kerana dia tidak mengumumkan memiliki sebuah vila mewah di The Palm Island, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai AS$3.93 juta (RM12.1 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar The Times of India melaporkan bahawa dia tidak menyenaraikan hartanah itu dalam pengumuman mengenai butiran cukainya pada April 2009, sebaliknya menyatakan bahawa vila itu adalah hadiah daripada pemaju projek tersebut, Nakheel.
Alasan pelakon filem My Name Is Khan itu ditolak oleh Jabatan Cukai India kerana mendakwa dia menerima vila itu sebagai pertukaran kepada bayaran kerana menggunakan namanya berdasarkan pendedahan yang dibuat Shah Rukh di laman web Nakheel.
Shah Rukh dalam laman web Nakheel berkata: "Saya hilang kata-kata bila saya menyaksikan kejayaan projek Nakheel dan tidak sabar menunggu untuk kembali lagi apabila banyak lagi yang akan berubah selepas ini."
Jika Shah Rukh mendapat vila itu sebagai salah satu bentuk bayaran, dia perlu membayar cukai berjumlah ribuan dolar.
Antara selebriti Bollywood lain yang mempunyai hartanah mewah di Dubai ialah Shilpa Shetty yang memiliki sebuah apartmen di Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia dan pasangan pelakon Abhisek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan yang memiliki sebuah vila di Jumeirah Golf Estate.
Kelmarin, Shah Rukh membuat persembahan selepas perlawanan kriket di antara pasukan Afrika Selatan dengan India di Stadium Moses Mabhida di Durban, Afrika Selatan. - Agensi

No comments:

Post a Comment