Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Thursday, September 20, 2012

Korea Selatan haramkan novel lucah Perancis

Add caption

SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade (gambar) kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam.
Pegawai Kanan Suruhanjaya Etika Penerbitan Korea, Jang Tag-Hwan berkata, pihaknya meminta penerbit novel The 120 Days of Sodom menarik balik bahan bacaan itu daripada pasaran.
Beliau juga mengarahkan semua salinan novel tersebut dimusnahkan.
Novel itu mengisahkan tentang pesta seks liar oleh empat individu kaki perempuan kaya yang merogol, menyiksa dan membunuh kebanyakan mangsa remaja.
Bahan bacaan tersebut mula dijual di sini bulan lalu.
"Sebahagian besar kandungan novel itu amat lucah dan kejam. Ia melibatkan penderaan seksual, sumbang mahram, perbuatan kebinatangan dan tarikan seksual terhadap mayat.
"Paparan secara meluas tentang aksi seksual melibatkan individu bawah umur membuktikan ia sebahagian daripada penerbitan berbahaya," kata Tag-Hwan.
Tambah Tag-Hwan, ini merupakan tindakan pertama pihaknya mengharamkan sebuah novel yang tidak termasuk dalam bahan bacaan kartun sejak tahun 2008.
Bagaimanapun, pihak penerbit berikrar untuk merayu dan merancang membawa kes itu ke mahkamah jika rayuan ditolak.
"Novel ini bukan mempromosikan bahan lucah dan keganasan. Ia mempersenda dan mengkritik sisi gelap sifat manusia di sebalik perbuatan seperti itu," kata Editor Kanan Dongsuh Press, Lee Yoong.
Jelasnya, novel berkenaan boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara termasuklah Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.
"Banyak novel lucah boleh didapati di mana-mana sahaja. Saya tidak faham kenapa novel ini yang sesuai untuk penyelidikan akademik oleh pakar psikiatri atau pakar sastera harus menerima layanan berbeza," kata Yoong.
Novel The 120 Days of Sodom berada di pasaran ketika pengharamannya masih dalam peringkat rayuan. - AFP

No comments:

Post a Comment