Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Wednesday, November 9, 2011

Doktor peribadi bersalah sebabkan kematian Jackson

DOKTOR Conrad Murray digari selepas perbicaraan di Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah kerana menyebabkan kematian tanpa niat bintang pop berkenaan pada tahun 2009, tetapi dia dijangka tidak akan berada lama di penjara.
Keputusan panel juri kelmarin menyaksikan Dr. Conrad Murray dibawa keluar dengan tangannya digari.
Puluhan peminat Raja Pop yang berada di luar mahkamah bersorak gembira. Sementara sebahagian lagi menangis kerana terharu dengan keputusan tersebut.
"Keadilan kini terlaksana. Jackson tetap bersama kita," kata abangnya, Jermaine.
Susulan keputusan bersalah tersebut, Murray, 58, berdepan hukuman penjara empat tahun dengan hukuman terhadapnya diputuskan pada 29 November depan.
Namun, dia dijangka merengkok di penjara selama beberapa bulan sahaja kerana keadaan penjara di sini yang sesak.
Sepanjang dibicarakan, Murray tidak mengaku salah memberikan dos berlebihan ubat pelali profopol kepada Jackson yang menjadi punca kematiannya pada usia 50 tahun.
Pihak pendakwa raya berhujah bahawa doktor tersebut cuai memberikan propofol untuk membantu Jackson tidur lena.
Pihak pembelaan bagaimanapun mendakwa penyanyi lagu Thriller itu sendiri menyuntik dos maut propofol ke dalam badannya.
Selepas keputusan kes tersebut dibacakan, Hakim Michael Pastor mengarahkan Murray ditahan di penjara sementara dia menunggu hukuman.
Pakar jantung berkenaan tidak memberi keterangan sepanjang enam minggu perbicaraan kes tersebut berlangsung. Dia juga tidak menunjukkan sebarang emosi ketika keputusan bersalah diumumkan di mahkamah.
Sementara itu, ibu Jackson, Katherine dan saudara perempuannya Rebbie menangis sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah. Selain mereka, adik-beradik Jackson yang lain termasuk La Toya dan Randy serta bapa mereka, Joe turut hadir ketika keputusan mahkamah diumumkan.
"Ya, saya berpuas hati," kata Katherine Jackson apabila ditanya sama ada dia gembira dengan keputusan kes berkenaan.
Jackson ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah agam yang disewanya di sini pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan mengadakan siri konsert di London bertujuan untuk mengembalikan kegemilangannya di persada seni suara selepas dia dibebaskan daripada tuduhan mencabul kanak-kanak pada tahun 2005. - Reuters

No comments:

Post a Comment