Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

Malaysia Job Portal

jawatan kosong kerajaan

Jobs @ JobStreet.com

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Malaysia Career

Jawatan Kosong Swasta

Jawatan Kosong Majlis Daerah dan Perbandaran di Malaysia

Senarai Entri

Post Terkini

Friday, September 3, 2010

Jangan gembira bertukar tragedi

  • Foto
    DARI kiri; Farahdhiya, Fiza, Atilia dan Elaine Daly.
  • Foto
    ARTIS dan selebriti yang menjayakan MUFORS.
Artis dan personaliti saling berpesan supaya sayangi nyawa diri dan keluarga ketika di jalan raya

SECARA purata 18 kematian dicatatkan di jalan raya setiap hari akibat kemalangan jalan raya. Di negara ini misalnya, dengan jumlah kemalangan yang mencecah sehingga 300,000 dan dengan lebih 6,000 kematian setahun, sudah tentu ia satu perkembangan amat membimbangkan.
Bukan tidak ada kempen kesedaran yang dianjurkan namun semuanya ibarat mencurah air ke dalam daun keladi.
Kebanyakan iklan atau kempen yang diadakan, semuanya berkonsepkan serius dan ada juga di antaranya kurang menarik langsung kerana dibuat seperti melepaskan batuk di tangga. Bak kata orang, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jadi untuk memastikan kempen ini berjaya menarik minat sehingga ke akar umbi, pastikan konsep dan isi kandungannya menepati cita rasa golongan muda khususnya.

Menyedari hakikat itu, Projek Lebuh Raya Utara Selatan PLUS dengan kerjasama tiga akhbar terbitan Kumpulan NSTP iaitu Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times sekali lagi menganjurkan sebuah kempen kesedaran iaitu kempen Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFORS) untuk tahun kedua berturut-turut. Mula dilancarkan tahun lalu, kempen ini semakin perhatian kerana konsepnya yang berbeza dan menggunakan golongan selebriti sebagai subjek dalam memberi maklumat yang berkesan bagi membendung masalah kecuaian di jalan raya ini.

Enggan kempen itu berhenti setakat itu saja, PLUS sekali lagi menganjurkan kempen yang sama dengan objektif kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian manusia dapat dikurangkan. Bertempat di Balai Berita, Rabu lalu, lebih 30 orang selebriti dari pelbagai bidang menyokong kempen Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFORS) ini dengan melafazkan ikrar mereka untuk mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa.

Hadir bersama-sama semangat ingin menyumbangkan bakti, antara artis yang dimaksudkan termasuklah penerbit dan pengarah, Mamat Khalid, Elaine Daly, Farawahida, Atilia, Fazli Zainal, Farahdhiya, Tony Eusoff, Upin & Ipin, Alyah, Izwan Pilus, pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Fiza dan Azzura, Norish Karman, Irma Hasmie, Roslan Shah, Zizan Raja Lawak, Adi Sixth Sense, Razali Hussain, kumpulan Giler Battle Crew serta penyampai radio Era, Sinar dan XFM. 
Mengulas pembabitan artis di dalam kempen itu, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad, Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, selain mengakui artis mempunyai pengaruh yang cukup besar serta mampu mengajak peminat mereka bersama-sama menjayakan kempen ini, PLUS juga mahu lari dari kebiasaan iaitu menghasilkan kempen yang lebih trendy dan tidak terlalu stereotaip.

"Apabila membabitkan artis dalam kempen seperti ini, kami yakin mesejnya boleh diterima dengan lebih meluas kerana mereka mempunyai ramai peminat. Sebagai idola, saya pasti mereka mempunyai pengaruh yang besar dan peminat memang mudh mengikut kata mereka.

"Jika tahun lalu kempen ini meminta selebriti melafazkan ikrar dengan menulis ikrar mereka di atas kertas berbentuk tangan, kali ini kempen itu diubah kepada cara undian iaitu selebriti perlu mengundi MUFORS sebagai tanda mereka menyokong kempen ini.

“Perubahan ini dibuat untuk mencetuskan kelainan dan supaya kempen ini kelihatan lebih trendy supaya mudah menarik golongan remaja turut serta menghayati kempen ini,” katanya.

Hadir sama Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah, Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil.

Elaine Daly (Pelakon dan Model)

"Kempen seperti ini sebenarnya banyak mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menyedarkan kita bahawa betapa bahayanya apabila memandu dalam keadaan cuai. Dengan teknologi yang ada pada masa kini, masyarakat kita lebih terdedah dengan penggunaan telefon bimbit, Blackberry ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan. Saya sendiri adalah salah seorang daripada mereka.

"Jadi apabila menyertai kempen ini, secara tidak langsung ia mengajar saya bahawa adalah merbahaya jika tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu. Pengalaman saya sebelum ini, pernah sewaktu saya mula-mula memberi kereta. Baru saja kereta itu dibawa keluar dari ruang pameran, tiba-tiba ia dilanggar. Rasa bengang sangat apabila pemandu itu memberi alasan yang dia tidak perasan kereta saya keluar dari situ. Itu adalah contoh terbaik jika kita memandu dalam keadaan yang tidak fokus.

Atilia (Penyanyi)

"Seperti yang saya tulis dalam ikrar saya tadi, selepas ini saya tidak akan memeriksa Blackberry saya ketika memandu kerana saya sedar itu adalah satu tindakan yang amat berbahaya. Saya akui, saya adalah antara mereka yang tidak boleh berenggang dengan telefon.

"Apabila lampu merah menyala, saya pasti akan melihat telefon untuk melihat SMS, Twitter, Facebook. Saya tahu ini memang merbahaya.

"Selain itu, sebagai pemandu, kita juga haruslah tahu perkara asas mengenai kereta. Janganlah hanya tahu mengisi minyak saja. Saya sendiri mengikuti kursus asas penjagaan kereta seperti memeriksa minyak hitam, menukar tayar kereta. Ini semua adalah untuk kebaikan kita sendiri.”

Fiza (Pengacara Wanita Hari Ini)

"Program ini patut dijalankan dari masa ke semasa dan bukannya hanya untuk musim perayaan saja. Penganjuran kempen yang membabitkan tiga akhbar ini juga amat bagus kerana ia mampu memberi kesedaran kepada banyak pihak terutama pembaca mereka.

'Apabila hari-hari mereka didedahkan dengan cerita mengenai kempen ini, saya percaya lama-kelamaan kesedaran akan tumbuh dalam diri mereka.

Farahdhiya (Penyanyi dan pelakon)

"Apabila mahu berjalan jauh, sentiasa periksa kenderaan kita. Jadikan perkara itu sebagai rutin kerana itu adalah aspek utama untuk menjaga keselamatan ketika memandu. Pastikan tayar kita mempunyai angin yang cukup, periksa brek dan minyak hitam.

"Kalau mahu memandu untuk tempoh yang panjang, pastikan kita mempunyai rehat yang cukup. Kalau mengantuk atau letih, rehatlah dulu di tempat yang selamat. Paling penting, kalau mahu memandu itu pakai tali pinggang keledar sebagai asas keselamatan.

Reza (Penyampai Era.FM)

"Saya rasa kempen ini sangat efektif kerana kita dapat bantu untuk memberi kesedaran kepada mana-mana pemandu yang degil itu dan selalu cuai itu. Macam saya ini, walaupun saya tak memandu kereta kerana tiada lesen dan hanya menumpang di sebelah pemandu, namun langkah keselamatan tetap saya utamakan. Kalau ada kawan-kawan saya yang memandu dalam situasi yang merbahaya, saya tidak teragak-agak untuk menegur mereka.”

Zero (Kumpulan Battle Giler Crew)

"Dulu saya memang selalu ambil mudah soal keselamatan jalan raya ini. Terutama dalam bab memakai tali pinggang keselamatan. Memang jarang pakai. Tapi selepas terbabit dalam kempen ini dan diberi peluang melihat Galeri MUFORS, rasa insaf tiba-tiba timbul dalam diri.

"Melihat gambar kemalangan ngeri yang dipamerkan akibat tidak mematuhi peraturan jalan raya membuatkan saya rasa takut dan insaf dan berazam untuk mematuhi peraturan jalan raya dan tidak akan ambil mudah dalam apa juga termasuk pemakaian tali pinggang keledar.

Zizan Raja Lawak (Pelakon dan Pengacara)

"LAKUKAN penyelenggaraan kereta terutama bagi mereka yang merancang untuk berjalan jauh. Pilih waktu perjalanan yang sesuai dan berehatlah secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Saya sendiri mengamalkan perkara yang sama, biasanya saya akan memilih untuk pulang awal supaya kita tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Bagaimanapun sebelum bergerak saya akan pastikan mendapat tidur yang secukupnya. Jika terasa mengantuk, saya sarankan kepada pemandu supaya berhenti untuk berehat seketika tetapi mereka juga perlu memikirkan keselamatan apabila hendak berehat. Jangan pilih tempat yang sunyi, sebaliknya pilihlah tempat yang ramai orang dan cerah agak keselamatan terjamin.


1 comment: