![]() |
Lebih 10,000 penternak di Perancis mengadakan tunjuk perasaan bersama beribu-ribu haiwan ternakan di sini kelmarin, lapor sebuah media tempatan.
Bantahan tersebut dilakukan ekoran peningkatan harga makanan haiwan ternakan di negara itu.
Para penternak turut membawa jentera-jentera pertanian ketika bantahan.
Antara ternakan yang menyertai bantahan itu termasuk kambing biri-biri, lembu dan khinzir.
Kumpulan penternak berkenaan memberitahu bahawa pendapatan mereka jatuh merudum ekoran peningkatan kos makanan haiwan yang gagal ditampung oleh pengilang-pengilang di negara itu.- Agensi
|
Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Berita tempatan, Hiburan, Lawak Jenaka & Apa2 Jer Berita.
Nuffnang Signboard - Jom Klik
.
Jom Support Saya
Jom Support Saya
JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010
- Cara Muat Turun Nota Exam PTD Format Terkini Peperiksaan Tahun 2025
- Cara Mohon dan Tebus Baucar Subsidi FLYsiswa Tahun 2025
- Cara Mohon Pengurangan Pinjaman MARA
- Cara Permohonan Program Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA Ke Universiti Terbaik Dunia (WTU) 2025
- Cara Mohon Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2024
Post Terkini
Tuesday, June 25, 2013
Ribuan biri-biri sertai tunjuk perasaan
Wednesday, June 5, 2013
Lelaki terkejut doktor beritahu dia sebenarnya wanita
Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.
Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.
Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal .
Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.
Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil daripada satu masalah kromosom.
Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.
Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya kelihatan seperti lelaki.
"Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya, keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah didedahkan," kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.
"Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron," menurut jurnal itu. - AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)