Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Friday, September 17, 2010

Permohonan supaya di poligamikan

Wanita binti Isteri (Bukan nama sebenar)
No.1,IKS, Taman Seri Nakhoda Omar
45100 Sabak Bernam
Selangor

7 Aug 2010

Suamiku yang tersayang
Dialamat seperti diatas

PERKARA: PERMOHONAN SUPAYA DIPOLIGAMIKAN

Ayang,

Semasa ayang membaca surat ini, anje mungkin telah selamat sampai ke kampong untuk bercuti sementara. Terima kasih diucapkan atas keizinan ayang. 

2. Terlebih dahulu, anje ingin menyusun kedua puloh belah jari (tangan dan kaki) kerana terpaksa memaklumkan permohonan anje ini kepada ayang melalui surat. Ada pun, sebenarnya, anje amat malu untuk berterus-terang mengenai hasrat anje ini yang telah tersimpan lama.

3. Sekarang ini, anje dapati ayang telah banyak berubah. Sejak kita berkahwin lebih 8 tahun yang lalu, barulah sejak awal tahun ini anje merasa amat bahagia menjadi isteri ayang. Kalau dahulu, ayang seringkali keletihan, kurang bernafsu, tidak bersemangat dan terpaksa banyak dibantu, tapi kini, ayang telah benar-benar banyak berubah. Ayang telah menjadi gagah perkasa dan sentiasa muda Anje amat kesulitan untuk mengimbanginya. Sungguh !!!! Semenjak kita berkahwin, sumpah, Anje tidak pernah merasa bahagia seperti sekarang.

4. Anje perasan, ayang ada mengamalkan minum sejenis minyak pada setiap pagi dan petang di samping beberapa jenis lagi produk herba asli 100% yang ayang katakan sebagai sebahagian daripada pakej minyak kelapa dara bio-asli. Entahlah, mungkin sebab mengamalkan produk itu menjadikan ayang begitu perkasa, anje tak pasti sebenarnya, yang anje tahu, ayang sekarang memang hebat. Terima kasih ayang.

5. Sebenarnya, ayang, anje merasa tidak lagi kuat untuk sentiasa bersama ayang yang sentiasa asyik merengek-merengek…….. Jadi, anje mohonlah dengan hormatnya, ayang TOLONGLAH BERPOLIGAMI. Anje tak kisah, ayang mahu tambah berapa, 2,3 atau terus empat sekaligus. Anje sedia dan sanggup untuk terus pergi meminang, siapa pun yang ayang berkenan.

6. Tolonglah, ayang jangan salah faham, anje memohon supaya dipoligamikan ini bukan kerana anje tak sukakan ayang lagi. Tapi, anje dah tak larat lagi la ayang…. Siang malam anje asyik bekerja dan dikerjakan…. Kalau ada madu, sekurang-kurangnya ringanlah sikit “bebantugas” anje. Dapat juga bergilir-gilir giliran, ada la rehat sikit.

7. Pertimbangan dan kelulusan pihak ayang amatlah anje harapkan dan akan disanjung tinggi. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment