Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Monday, September 20, 2010

20 kena tukar

 KERATAN muka depan Berita Harian 27 Ogos lalu.
KERATAN muka depan Berita Harian 27 Ogos lalu.
Imigresen ambil tindakan pegawai rasuah

KUALA LUMPUR: Tidak sampai sebulan pendedahan berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kakitangan imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, seramai 20 anggota dan pegawai kanan jabatan itu di Pelabuhan Klang ditukarkan ke beberapa cawangan negeri berkuat kuasa 27 September ini. 

Mereka yang bertugas di Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam itu, dikatakan terbabit rasuah dan salah guna kuasa hingga boleh menggugat keselamatan negara.
Tindakan menukar kakitangan itu adalah fasa pertama dalam rangka rombakan besar-besaran agensi penguat kuasa berkenaan untuk membersihkan operasinya di semua pintu keluar masuk negara, terutama yang dikategorikan sebagai lokasi panas.
Sumber memberitahu Berita Harian, semua kakitangan imigresen terbabit sudah menerima surat pertukaran masing-masing selepas mendapat persetujuan pengurusan tertinggi jabatan itu. 

Surat rasmi sudah disampaikan kepada semua terbabit, begitu juga pengganti mereka yang akan memulakan tugas di jeti berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Tindakan itu membabitkan kakitangan imigresen yang dianggap panas sebagai langkah jangka pendek bagi menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa hingga menjejaskan keselamatan negara. 

Berita Harian pada 27 Ogos lalu dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. 
Setiap anggota penguat kuasa dipercayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. 

Berikutan itu, pasukan bertindak khas ditubuhkan antara jabatan berkenaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir sebulan lalu. 

Tindakan pertukaran kakitangan ini adalah hasil pemantauan pasukan itu yang berpuas hati dengan laporan berkaitan kelemahan tugas yang dijalankan anggota dan pegawai jabatan itu. 

Selepas ini, sistem serta prosedur kerja yang lebih ketat dan sistematik akan diperkenalkan di semua pintu keluar masuk negara bagi mengukuhkan keselamatan negara, katanya. 

No comments:

Post a Comment