BATU PAHAT: “Saya dan keluarga terdekat tidak tahu apa yang berlaku, tetapi naluri ibu kuat mengatakan dia selamat dan berdoa supaya dia ditemui secepat mungkin,” kata ibu Datuk Sosilawati Lawiya.
Yatemi Abdul Rahman, 80, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti, Seri Medan, dekat sini berkata, beliau amat merindui Sosilawati dan hatinya lebih sayu kerana hari lebaran semakin dekat.
“Walaupun sibuk, Wati (Sosilawati) tidak pernah gagal menyambut Aidilfitri di kampung dan biasanya akan pulang beberapa hari sebelum Hari Raya.
“Selain itu, kami akan membersihkan pusara dan menziarah kubur sanak saudara terdekat pada pagi raya,” kata Yatemi dengan menahan sebak memikirkan kehilangan anaknya menjelang Aidilfitri.
Sementara adik ipar Sosilawati, Azizah Ahmad, 37, berkata, ahli keluarga mereka semuanya sedih melihat keadaan ibu mentuanya yang sering teringatkan kakak iparnya.
“Ibu sudah berumur dan selalu teringatkan Sosilawati serta kerap menangis sejak kebelakangan ini.
“Lebih menyedihkan, apabila dia terlupa dia akan bertanyakan bila Sosilawati akan pulang kerana Aidilfitri kian hampir,” katanya sambil menambah kebiasaannya Sosilawati dan anak-anaknya akan pulang ke kampung untuk berkumpul bersama 10 adik beradiknya setiap Aidilfitri.
“Lebih menyedihkan, apabila dia terlupa dia akan bertanyakan bila Sosilawati akan pulang kerana Aidilfitri kian hampir,” katanya sambil menambah kebiasaannya Sosilawati dan anak-anaknya akan pulang ke kampung untuk berkumpul bersama 10 adik beradiknya setiap Aidilfitri.
Beliau berkata, selain itu Sosilawati yang juga Pengasas Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty) hampir setiap bulan pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya.
“Sosilawati kali terakhir ditemui ketika kami mengadakan kenduri kesyukuran sebelum Ramadan lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment