DAVID REYNOLDS bersama beberapa model kapal yang dibinanya dengan menggunakan batang mancis. |
SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.
Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.
"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.
Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan. - Agensi
No comments:
Post a Comment