Cermin mata yang dilengkapi kamera khas akan melalui beberapa proses ujian bermula Januari depan. |
Tongkat dan anjing mungkin tidak lagi digunakan menjelang 2015 kelak dengan adanya cermin mata khas buat orang buta.
Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal.
"Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan," Hicks yang juga pencipta alat bantuan melihat ini.
Bagaimanapun, Hicks berkata, alat bantuan khas itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan melibatkan 160 sukarelawan bermasalah penglihatan di Oxford dan London.
Beliau menambah, selain membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata itu jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .
No comments:
Post a Comment