SALAH satu ruang yang terdapat dalam pejabat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin, timur laut wilayah Heilongjiang, China. |
HARBIN, China - Sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia.
Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas.
Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis.
Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang.
Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan.
Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China.
Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.
Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius.
- Agensi
No comments:
Post a Comment