SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China. |
CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.
Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .
- Agensi
No comments:
Post a Comment