STEVE WIENECKE bermain di atas meja pool gergasi ciptaannya di Fredericktown, Amerika Syarikat baru-baru ini. |
FREDERICKTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas petinju dalam kurungan, Steve Wienecke mencipta meja permainan pool gergasi dengan ukuran empat kali lebih besar daripada meja biasa, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.
Meja pool yang dikatakan terbesar di dunia itu dibina oleh Wienecke di belakang rumahnya.
Ia dibina dengan menggunakan sejumlah batu yang diangkut dengan lima buah trak selain menghabiskan masa selama 250 jam untuk menyiapkannya.
Menurutnya, peraturan bermain adalah mengikut peraturan pool.
"Pada 1985, saya bermain untuk liga pool tempatan dan saya memikirkan bermain pool di atas meja akan menjadi lebih kemas," katanya pada sebuah majalah Rural Missouri.
Wienecke berkata, dia memperoleh wang untuk membina meja gergasi itu menerusi derma yang diberikan oleh beberapa ahli perniagaan tempatan. - Agensi
No comments:
Post a Comment