GAMBAR menunjukkan aksi Angelo Baligard yang disiarkan di laman YouTube. |
HONOLULU, Hawaii - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Hawaii menjadi sensasi di Internet kerana dia menari tarian breakdance dengan kepalanya ke bawah manakala kakinya ke atas, lapor sebuah akhbar semalam.
Video penari cilik itu, Angelo Baligad, kini ditonton oleh lebih 336,000 orang di laman YouTube.
Dalam klip video tersebut, budak lelaki itu mendapat tepukan lebih gemuruh daripada penonton berbanding lawannya, Joshua Lee 'Milky' Ayers yang lebih tinggi daripadanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment