Nuffnang Signboard - Jom Klik

.

Jom Support Saya

Jom Support Saya

JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia | Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2010

Post Terkini

Monday, July 19, 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) Sarawak - Julai 2010

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI LAUT GRED A29
2. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN
http://www.bpa.gov.my/

Borang permohonan hendaklah dihantar kepada alamat :

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 8, 9 & 10
Menara Kidurong
Peti Surat 296
Jalan Tanjung Kidurong
97007 Bintulu

http://www.bpa.gov.my/

TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2010

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. PEGAWAI PENERBITAN N41
3. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
4. PUSTAKAWAN S41
5. AKAUNTAN W41
6. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
7. SETIAUSAHA PEJABAT N27
8. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
9. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27
10. PENOLONG AKAUNTAN W27
11. JURUTEKNIK J17
12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
13. PEMBANTU PENYELIDIK Q17
14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
15. PEKERJA AWAM KONTRAK R1


PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE KLIK SINI

TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2010

Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - Julai 2010

Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:


JAWATAN:
1. PENASIHAT UNDANG-UNDANG
2. PENGARAH BAHAGIAN HAKCIPTA
3. PENGARAH PUSAT LATUHAN HARTA INTELEK
4. EKSEKUTIF (STATISTIK)
5. EKSEKUTIF (PUSTAKAWAN)
6. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN
7. PEMBANTU AKAUNTAN
8. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN RENDAH
9. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR

IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN
http://www.myipo.gov.my/images/vacancy/iklan16072010s1.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
ARAS 32 MENARA DAYABUMI
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50263 KUALA LUMPUR

http://www.myipo.gov.my

TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2010

Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi, 
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Saturday, July 10, 2010

Rokok dan Motosikal

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”

Monday, July 5, 2010

Kisah Interview Dengan Pengembala Kambing

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....